CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
KOMUNITI
PENDIDIKAN ISLAM
2007/2008
FAKULTI PENDIDIKAN
PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM
UKM
Photobucket

I made this widget at MyFlashFetish.com.

THE MOST POPULAR OF NISAK


Saturday, January 31, 2009

aDA apA deNGan ciNTa....?????

.....KERANA CINTA.....



Cinta adalah fitrah seseorang insani sama ada lelaki atau perempuan.


Jika kita mengatakan tidak kepada cinta, sesungguhnya kita membohongi kepada diri sendiri. Sebagai insan yang lemah, kita hendak diri kita dibelai, dimanja dan disayangi oleh seseorang. Cuma persoalan yang timbul dari segi kaedah dan teori cinta yang dibenarkan syarak.

Di kampus, dua aliran cinta yang terjelma iaitu aliran Islamis dan aliran cinta ala Barat.
Kita selalu diherotkan bahawa cinta itu seperti dalam filem Barat dan yang telah diamalkan oleh muda-mudi sekarang. Tanpa kefahaman, kita akan terbabas mengikut kebuasan hawa nafsu. Kita perlu faham cinta di universiti bukan lagi bercinta untuk kepuasan nafsu atau cinta monyet tetapi cinta yang akan membawa ke jinjang pelamin.
Kita insan yang mahu kesempurnaan, kita mahu teman kita yang sempurna. Cantik, bijak, masih teruna atau dara, beragama dan kaya. Itulah mitos yang perlu kita buang dari imiginasi kita. Kita insan yang tidak sempurna mahukan insan sempurna adalah sesuatu yang tidak adil dan egois.
Kesempurnaan perlu dididik, diasuh dan dicanang dalam suasana kebenaran,
persamaan dan berteraskan agama Islam.Lelaki yang baik untuk gadis yang baik dan begitulah sebaliknya. Itu janji Allah.

Carilah pasangan yang mempunyai pegangan agama walaupun hodoh, miskin dan tidak menjejak kaki di universiti. Bercintalah dalam suasana restu Ilahi dengan menjaga adat pengaulan, doa kebahagiaan dan bermatlamat ke jinjang pelamin. Bagi yang tidak berteman, sabar dan berdoalah kerana jodoh di tangan Allah dan lakukan pencarian dan luahkan perasaan cinta anda melalui orang ketiga jika malu atau segan.

Segala perlakuan semasa bercinta atau mencari jodoh perlukan doa dan penjagaan dari segi batas-batas yang dibenarkan oleh Islam.

Semoga Allah merestui Cinta warga Islamis bukan cinta ala Barat berasaskan nafsu semata-mata.

nisak_team86: nak tumpukan pada pelajaran dulu.....errkk?? boleh percaya ke? Hmm...sebenarnya hal ini bergantung kepada kekuatan hati dalam menahan gelora perasaan. Tepuk dada, tanya keinginan.....di situ baru kita akan faham apa yang kita inginkan....!!!!!

0 comments: