CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
KOMUNITI
PENDIDIKAN ISLAM
2007/2008
FAKULTI PENDIDIKAN
PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM
UKM
Photobucket

I made this widget at MyFlashFetish.com.

THE MOST POPULAR OF NISAK


Thursday, February 5, 2009

niSAk jaLAn LagIEy....


Salam…..
Hari ni first time nisak rasa bangga dengan diri nisak sendiri…huhuhuhuuuuu…dan hari nie juga nisak belajar satu perkara…..kalau yakin pada diri, insyaallah segala kerja kita akan menjadi lancar….!!!!!
Ni macam slot motivasi lah pulak….hahahaaaa…..
Nak tahu kenapa dengan hari ini? Hmmmm…sebenarnya hari nie nisak pergi Seremban…Seremban…???Alah nisak ni…pergi Seremban pun nak kecoh-kecoh!........Sebenarnya inilah first time nisak pergi Seremban sepanjang 2 tahun pengajian nisak di sini. Pengalaman kali pertama kan begitu berharga…..????? Hmmm…sentimentos jugak nisak ni, ya….
Tak kisahlah apa yang orang nak cakap! Tapi, trust me, nisak rasa bangga sesangat dengan diri nisak…hahahaaa…Apa taknya….dahlah kali pertama pergi Seremban..lepas tu pergi pulak-pulak sorang-sorang…..! Walau pun nisak rasa agak takut masa otw nak pergi tu…tapi nisak buat-buat derk jea…….sebab nak balik kampong punya pasal……..
Nisak ada hal sikit kat kampong….so, nisak buang rasa takut dan bimbang dan nisak ikut kaki nisak jalan…penuh semangat…ceeewahhhh…….Sukalah tu…….siapa tak suka kalau pergi jalan-jalan? Tambah pulak jalan-jalan balik kampong…..
Semasa dalam komuter, nisak berkenalan dengan seorang akak. Dia berasal dari Pattani, Thai…..akak tu kerja kat kedai makan kat kawasan komuter UKM…..pandai masak…
Sambil-sambil tu, nisak sempat “curi” resepi tomyam thaiiii……dengan akak tu…….so sweet…!!!!!! Akhirnya, nisak dapat jugak resepi masakan tomyam thai…dah lama nisak cari buku resepi masakan thai…tapi x dapat sebab buku tu memang laris dalam pasaran….balik ni boleh try buat kat rumah. Seronoknya…..
Jenuh jugak nisak jalan untuk ke terminal basa tu…Adoii..x larat betul….tapi kerana “semangat” nak balik….nisak anggap benda tu cincai jea….no matter bro!

Nisak_team86: ada beberapa perkara dalam hidup kita yang kita kena buat sendiri.jangan harapkan orang lain....yakin pada diri, itu yang penting!

Tuesday, February 3, 2009

ada apa pada BIRU....????

Salam….
Apa ada pada blue…??? Bagi nisak “blue@biru” ada signifikannya yang tersendiri. Kenapa biru? Kenapa ya..sebenarnya nisak ni paling suka dengan warna biru! My favourite colour..!!! Hmm…rasanya mesti ada yang tak suka bila nisak cakap tentang “biru”…..kan? Hanya mereka dan keluarga yang mengetahui….
Nisak melihat biru dari perspektif warna…takde elemen fanatic “warna bendera”…hanya warna biru, salah ke…??? Ada kawan nisak tanya, kenapa nisak suka warna biru? Biru..??? Bagi nisak warna ni sangat menarik perhatian, lembut dan penuh pengertian….atau mungkin sedikit sebanyak warna biru ini turut mewakili diri nisak sendiri..iaitu seorang yang sukar dimengerti dirinya…Ya ke…???? Lepas tu nak tahu tak apa yang kawan nisak cakap? Dia kata kenapa nisak mesti suka warna biru? Warna lain tak boleh ke….?? Kenapa….? Salah ke kalau nisak suka warna biru…? Tapi bagi yang melihat biru dari segi fahaman “itu” agak susahlah mereka nak terima “biru” dan nisak kata pada kawan nisak..pandangan awak dan saya lain..!!!!…Huhuhuuuu….
Sebab tu dalam banyak-banyak bangunan di UKM ni..nisak paling suka bangunan Pusat Kesihatan (PK). Kenapa ya…sebab seluruh bangunan di PK itu dicat dengan warna biru dan nak tahu bangunan PK itu dicat dengan 5 kombinasi warna biru….sebab tu setiap kali nisak melintas di hadapan bangunan PK…mesti nak juling mata nisak pandang bangunan tu. Kombinasi warna biru tu..fuh, fantastic! Nasib baiklah bangunan, kalaulah orang….entahlah apa yang dia akan cakap kat nisak! Sewel agaknya..tengok orang sampai mata naik juling….!!!!!
Apa yang menariknya warna biru, nisak sendiri tak tahu…dah suka, nak buat macam mana kan…????? what I like about UKM? Huhuhuuu…bcoz BIRU adalah TEMA UKM….!!!!!

Nisak_team86: nisak dah buat perancangan, untuk “majlis “ nisak…,nisak nak semuanya
bertemakan warna biru…heheheee..mesti gempak kan?

binGKisaN daRI haTIey...


Salam……
Beberapa hari ni emosi nisak bercampur baur..entahlah, nisak sendiri pun tak tahu…letih, malas, tak semangat…x happy, keliru, gelisah…entahlah, kenaga agaknya nisak jadi macam ni! Senang cakap..minggu “bad mood” untuk nisak! Mungkin aura warna (pelangi ) yang dalam badan nisak ni tak stabil kot? Yalah..kan badan kita dilingkari 7 aura warna yang mana warna-warna ini sentiasa memberi suntikan buat emosi dan hormon kita. Kalau aura warna dalam badan kita tak stabil…ia akan mempengaruhi emosi dan perasaan seseorang individu. Pernahkan anda semua tiba-tiba jea rasa “bad mood”..hah..tu tandanya wura warna dalam badab anda x stabil..!!!! Nak pergi berubat kat hospital….takut pulak doctor cakap diri ini terlepas dari Tanjung Rambutan…
Mungkin kalau dilihat pada zahirnya, nisak ni Nampak hepi good lucky jea…tapi rahsia di hati, siapa yang tahu kan…????? Nisak rasa tension sangat…!!!!!!!!! Nak study pun rasa tak berdaya……..Sepatutnya semalam nisak ada perjumpaa dengan ahli kumpula nisak untuk satu tugasan, tapi nisak tak pergi…ada masalah sikit sebenarnya…Takpelah, biar nisak jea yang tahu……
Tapi…kat sini nisak nak share something. Sebelum nisak balik kolej Za’ba..nisak sempat pergi tinjauan di Pusanika. Sekarang ni kat Pusanika meriah betul…ada jualan. Macam-macam ada…baju, buku, etc n whatever….malas nisak nak elobrate panjang-panjang ( mood x ok lagi sebenarnya ). Masa nisak cuci mata kat situ, nisak terpandang gerai jualan alaf 21…banyak novel dan buku yang dijual di situ…nisak pun tengok-tengoklah sekejap, kot2 ada yang berkenan ke…..dan akhirnya nisak membeli buku novel..(memang dah jadi kebiasaan nisak, kalau nisak bad mood, nisak akan beli buku@majalah…rasa macam ada aura yang tersendiri rasanya bila buat macam tu….2 minggu sebelum tu, nisak dah beli buku pasal membina suasana yang selesa…best giler buku tu….ayatnya yang santai buatkan nisak rasa tak terbeban untuk faham isi buku tu….)
Tajuk novel yang nisak beli tu ialah “Lafazkan Cintamu…oleh Aida Adriani”..Hmmm..agak special jugak tajuk novel ni…dan nisak sebenarnya tertarik dengan beberapa bingkisan oleh penulis novel tu:

[[ “Kalau boleh, aku pun nak semangat mak aku mengalir dalam diri aku, agar aku kuat dan tabah hadapi segala ujian hidup. Aku masih ingat, susah senang macam mana pun, mak tak pernah menangis. Dia tetap akan senyum. Kata mak dia tak mahu aku mewarisi kesusahan dan penderitaan hidup dia. Mungkin kerana itu mak tak pernah ajar aku cara nak tabah dan kuat! Namun permainan takdir, tak siapa yang mampu menduga. Lalu aku jadi manusia yang tak tahu hadapi penderitaan hidup. Aku tak tabah dan kuat macam mak……”
“Ya Allah..apalah dosaku sehinggakan takdirku begini?..Namun dia akur, mungkin ini adalah suatu ujian Allah padanya , kan ujian itu datang dalam berbagai-bagai bentuk……????
“Rin, dah lama kita tak bergaduh kan”
“Abang rindu sangat saat-saat tu…Kita memang tak boleh putar semula masa dan kenangan yang berlaku, tapi kita boleh ulang semula kan?”. Tanpa jemu Haikal terus berbicara, cuba mencari tidak balas nya, tetapi Erina hanya diam.
“Abang suka usik Rin, sebab muka Rin akan jadi merah padam kalau marah. Cantik!”
Erina membetulkan duduknya. Kakinya diluruskan. Wad terasa sunyi,hanya bicara Haikal yang kedengaran. Tudung yang menutupi sedikit mukanya diperbetulkan.
“Kalau Rin dah sihat, abang akan mintak ayah ngah pindahkan Rin kat sini semula. Mesti Rin suka kan? Kan bilik tu ada nostalgia yang tersendiri. Kat situlah Rin mula-mula kerja dan kenal abang. Kat situ jugak Rin curi-curi intai abang masa boring. Betul tak..???” Diam. Erina diam. Tajam matanya memandang Haikal….mereka sekelurga memang baik terhadapnya! Walaupun kini dia sudah bergelar janda muda…!!!Pahitnya untuk menelan gelaran itu…..dan hampir mati di tangan suaminya sendiri! Kenapa Razwan tak sebaik Haikal???? Namun dia sedikit gembira kerana saat itu suaminya sedang menuggu saat untuk ke tali gantung…..!!!!!!!!!
Oh Tuhan…aku hanya tahu membilang dugaan yang sedikit itu, tapi nikmat yang tak terhitung itu tak pernah aku endahkan…….”
Erina tiba-tiba senyum…..Haikal terpempan seketika. Ya ALLAH…betulkah itu senyuman Erina atau mataku yang menipu kerana begitu berharap yang wanita itu kembali menjadi dirinya seperti dulu…….”
]]

Betullah kata pujangga: apabila satu pintu kebahagian telah tertutup, pintu yang lain akan terbuka tetapi kita sering terpaku pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat ke arah pintu lain yang dibukakan untuk kita. Kita harus bangkit untuk melihat pintu yang terbuka itu……..

Nisak insaf sendiri saat nisak menghabiskan novel ni…memang manarik jalan cerita dan buatkan nisak terfikir tentang sesuatu……asam (yang banyak dijual kat pusanika tu ) yang masam tu akan berubah jadi manis bila dah lama kita kunyah dalam mulut. Take your time..sebelum manis tu tiba…fikir-fikirkan…~@@~…

nisak_team86: ada apa dengan pena? sekadar meluahkan ayat-ayat yang kaku yang bervariasi dengan emosi...sekadar pena...dapatkah ia dimengerti?

Monday, February 2, 2009

anUGeraH tErinDAh....


Kerjasama Bergandingan Tangan
Tiap Masa Setiap Ketika
Lerai Dendam Hilanglah Sengketa
Agar Hidup Aman Bahagia
Handai Taulan Jangan Kita Lupa
Susah Senang Rentasi Bersama
Balas Segala Jasa Mereka Untuk Ayah Bonda Tercinta
Sebangsa Bawah Satu Dunia
Serumpun Citra Hidup Kita
Biar Berbeza Asal Kita
Ukhuwah Harus Kita Bina
Walau Usia Jadi Ukuran
Moga Dirahmat Selamanya
Aur Dan Tebing Hidupnya Sehati Sejiwa
Putusnya Air Jika Air Tidak Mengalir
Itulah Hakikatnya
Kita Yang Hidup Saling Memerlukan
Yang Susah Sama Dihulurkan
Sama-Sama Disyukuri
Hidayahnya
nisak_team86: terima kasih kerana sudi menerima diri ini sebagai sahabat...maaf dipinta andai ada yang terasa....

Sunday, February 1, 2009

kEmbALi laGiEy......



Salam......
Nisak kembali lagi…!!!!! Heheheee..(macamlah nisak ni popular sangat….hahahaaaa..tapi takpe, buat jea yang diri tu popular…huhuhuhuuuuuu….)
Hari ni ( 2 Febuari 2009@ isnin ) bermulanya kuliah selepas 1 minggu cuti pertengahan semester..!!! Bagi yang balik bercuti kat kampung tu..jangan pulak buat-buat terkejut bila anda semua celik mata…hati tertanya-tanya…await bilik aku ni jadi lagu lain pulak…????!!!!( yalah, bilk kat rumah dengan bilik kat kolej..mana nak sama….huhuhuhuuuu…..) Jangan pulak sedih noo….
Hmmm..nisak tak tau nak kata apa…no comment! Sebab nisak tak balik kampung..tak sempat beli tiket. Tapi ada jugak nisak pergi survey tiket train kat Komuter Kajang tu..mak ooiii…mahal sangat..tiket balik RM110….huhuhuuuu…tercongak nisak kat situ….nak menangis pun ada…yalah, mana taknya..tiket mahal sangat…!!!!!!waaaaaaa……
Nisak memang tak sangka yang hari ni banyak sekali peristiwa yang tak dijangka akan berlaku…huhuhuuuu…entahlah nak cakap cerita sedih…ada lucunya…nak cakap cerita lucu…taklah tergelak sampai berguling-guling atas lantai…nak kata cerita suspen…iskh ishk…..taklah suspen mana pun….biasa-biasa jea…aksi ala-ala james bond takde pun………kung fu jet li lagilah……

Chapter 1: Hari ni nisak ada kelas tutorial STI kat FPI…hari ni nisak kena bentang tugasan yang nisak kena buat tu..tajuknya pasal Kerajaan Karakhanids….Entahlah, memang tergeliat lidah masa nisak nak sebut nama-nama yang ada kaitan dengan kerajaan tu…Pelik betol nama depa semua tu..huhuhhuuuu…n first time dalam hidup nisak sepanjang bergelar student di UKM…gaya nisak present..alamak.tak tau nak cakap apa…!!! Memang rilek santai betuL..!!!!! Dahlah sambil duduk kat atas kerusi..lepas tu nisak sendiri pun tak tahu apa yang nisak cakap kat dalam kelas tu……last-last masa tengah present tu…boleh pulak nisak suruh ustaz tuto niasak yang jadi penterjemah nisak…hahahahaaaaa…memang lawak betul…nasib baik ustaz tu jenis yang OK SESANGAT…!!!! Dan sepanjang presentation tu..nisak asyik nak tergelak jea…entahlah!!! Boleh nak senyum sorang-sorang bila nisak teringat balik cara nisak present tugasan nisak tu…..alahai….tak pernah jadi macam tu time giliran nisak present……
Lepas tu dalam pukul 10.30pg, nisak OTW pergi kelas dengan kawan nisak, Jamilah….dari Husin kami berjalan kaki hingga ke FPEND….catat rekod dunia tu…heheheheheeee….
Chapter 2: Sampai jea kat Kompleks Bistari..jalan nisak kena block! Adoiii…traffic mana pulak ni kacau nisak nak jalan nie…huhuhuuuu..Eh eh..sebenarnya nisak kena block dengan kawan nisak! Dia just nak say yang dia tak ingat nak bawak budu untuk nisak masa kelas tu…..huhuhuuuuu…nisak cakap ok jea…nanti boleh bagi masa kelas lain…janji dapat makan budu..ok lah tu dari x dapat makan langsung..kan????

Chapter 3: Kemudian nisak meneruskan perjalanan nisak untuk masuk ke bilik kuliah! Dan buat kali yang kedua..perjalanan nisak tergendala…ada roadblock lagiii…heheeee…sebenarnya akak-akak senior tahun 3 PQ… sekat nisak sebab diorang nak nisak rasa strawberry jeruk yang diorang beli kat Cameron Highland! Fuhh..memang rezeki nisak pagi tu…tak sangka pulak dapat makan strawberry original dari CM……kami makan sambil borak-borak….asyik betul…tapi kelas lambat lagi nak mula…oklah tu….
Dah kenyang makan…nisak terus pergi sapa kawan-kawan nisak yang balik kampung…..muka depa semuanya ceria bercahaya..jealous nisak dibuatnya!Huhhh…..kemudian nisak masuk ke bilk kuliah..dan…jeng…jeng…jeng…..

Chapter 4: Memang satu kejutan yang tak dijangka….!!!!! The top news in the world ni…..nak tahu apa bendanya…????? Faiz Ismail datang ke kuliah…!!! Aik…???? Pelik sangat ke kalau Faiz datang ke kuliah??? Kan kuliah dah start..takkan dia tak boleh datang kot????!!!! Mmesti ada yang terfikir macam tu…kan? Hmmm….sebenarnya Faiz Ismail, coursemate nisak telah ditimpa kemalangan yang agak teruk jugak la…dengar-dengar cerita doctor suruh dia rehat kat rumah buat sementara waktu…..yalah nak tunggu dia sembuh betul-betul dulu..baru mulakan kuliah dia…tapi dia tu nampaknya memang bersemangat betul nak belajar…. Hmmmm..kepada Faiz..saya kagum dengan semangat anda! Teruskan kecemerlangan anda di FPEND…dan one more thing…harap-harapnya nisak belum terlambat untuk ucapkan….selamat bertugas….” Tuan YB……..” jangan marah ya……peace!
p/s: Malam ni nisak ada kelas lagi….kelas ganti untuk tutorial STI… pukul 8 malam…….Nak pergi ke tak ni? Hehehee….tak tahulah….tapi nisak pergi kot? Iye ke…..????? Heheheeee…..ni rahsia nisak..mana boleh cakap!ssssyyyhhhhhhhhhh………rahsiaku adalah rahsiaku…bukan rahsiamu….!!!!
nisak_team86: ALHAMDULILLAH….setakat ini perjalanan hidup nisak sentiasa diselubungi kegembiraan dan keceriaan…walaupun sesekali nisak tersepak duri dalam perjalanan..namun rupanya masih ada yang sudi membuang duri itu di jalanan…..dan membalut luka ini……..macam orang kata…life must go on….bukan begitu?????

Saturday, January 31, 2009

aDA apA deNGan ciNTa....?????

.....KERANA CINTA.....



Cinta adalah fitrah seseorang insani sama ada lelaki atau perempuan.


Jika kita mengatakan tidak kepada cinta, sesungguhnya kita membohongi kepada diri sendiri. Sebagai insan yang lemah, kita hendak diri kita dibelai, dimanja dan disayangi oleh seseorang. Cuma persoalan yang timbul dari segi kaedah dan teori cinta yang dibenarkan syarak.

Di kampus, dua aliran cinta yang terjelma iaitu aliran Islamis dan aliran cinta ala Barat.
Kita selalu diherotkan bahawa cinta itu seperti dalam filem Barat dan yang telah diamalkan oleh muda-mudi sekarang. Tanpa kefahaman, kita akan terbabas mengikut kebuasan hawa nafsu. Kita perlu faham cinta di universiti bukan lagi bercinta untuk kepuasan nafsu atau cinta monyet tetapi cinta yang akan membawa ke jinjang pelamin.
Kita insan yang mahu kesempurnaan, kita mahu teman kita yang sempurna. Cantik, bijak, masih teruna atau dara, beragama dan kaya. Itulah mitos yang perlu kita buang dari imiginasi kita. Kita insan yang tidak sempurna mahukan insan sempurna adalah sesuatu yang tidak adil dan egois.
Kesempurnaan perlu dididik, diasuh dan dicanang dalam suasana kebenaran,
persamaan dan berteraskan agama Islam.Lelaki yang baik untuk gadis yang baik dan begitulah sebaliknya. Itu janji Allah.

Carilah pasangan yang mempunyai pegangan agama walaupun hodoh, miskin dan tidak menjejak kaki di universiti. Bercintalah dalam suasana restu Ilahi dengan menjaga adat pengaulan, doa kebahagiaan dan bermatlamat ke jinjang pelamin. Bagi yang tidak berteman, sabar dan berdoalah kerana jodoh di tangan Allah dan lakukan pencarian dan luahkan perasaan cinta anda melalui orang ketiga jika malu atau segan.

Segala perlakuan semasa bercinta atau mencari jodoh perlukan doa dan penjagaan dari segi batas-batas yang dibenarkan oleh Islam.

Semoga Allah merestui Cinta warga Islamis bukan cinta ala Barat berasaskan nafsu semata-mata.

nisak_team86: nak tumpukan pada pelajaran dulu.....errkk?? boleh percaya ke? Hmm...sebenarnya hal ini bergantung kepada kekuatan hati dalam menahan gelora perasaan. Tepuk dada, tanya keinginan.....di situ baru kita akan faham apa yang kita inginkan....!!!!!

POSTER KONSERT MANIS V


KLIK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS
menampilkan artis nasyid seperti:
INTEAM
FAR EAST
NICE
DEVOTEES
Harga tiket: RM6 sahaja
Bersama kita menjayakan konsert ini.
...Berhibur sambil beramal...
"Untukmu Palestin"