CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
KOMUNITI
PENDIDIKAN ISLAM
2007/2008
FAKULTI PENDIDIKAN
PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM
UKM
Photobucket

I made this widget at MyFlashFetish.com.

THE MOST POPULAR OF NISAK


Tuesday, February 3, 2009

binGKisaN daRI haTIey...


Salam……
Beberapa hari ni emosi nisak bercampur baur..entahlah, nisak sendiri pun tak tahu…letih, malas, tak semangat…x happy, keliru, gelisah…entahlah, kenaga agaknya nisak jadi macam ni! Senang cakap..minggu “bad mood” untuk nisak! Mungkin aura warna (pelangi ) yang dalam badan nisak ni tak stabil kot? Yalah..kan badan kita dilingkari 7 aura warna yang mana warna-warna ini sentiasa memberi suntikan buat emosi dan hormon kita. Kalau aura warna dalam badan kita tak stabil…ia akan mempengaruhi emosi dan perasaan seseorang individu. Pernahkan anda semua tiba-tiba jea rasa “bad mood”..hah..tu tandanya wura warna dalam badab anda x stabil..!!!! Nak pergi berubat kat hospital….takut pulak doctor cakap diri ini terlepas dari Tanjung Rambutan…
Mungkin kalau dilihat pada zahirnya, nisak ni Nampak hepi good lucky jea…tapi rahsia di hati, siapa yang tahu kan…????? Nisak rasa tension sangat…!!!!!!!!! Nak study pun rasa tak berdaya……..Sepatutnya semalam nisak ada perjumpaa dengan ahli kumpula nisak untuk satu tugasan, tapi nisak tak pergi…ada masalah sikit sebenarnya…Takpelah, biar nisak jea yang tahu……
Tapi…kat sini nisak nak share something. Sebelum nisak balik kolej Za’ba..nisak sempat pergi tinjauan di Pusanika. Sekarang ni kat Pusanika meriah betul…ada jualan. Macam-macam ada…baju, buku, etc n whatever….malas nisak nak elobrate panjang-panjang ( mood x ok lagi sebenarnya ). Masa nisak cuci mata kat situ, nisak terpandang gerai jualan alaf 21…banyak novel dan buku yang dijual di situ…nisak pun tengok-tengoklah sekejap, kot2 ada yang berkenan ke…..dan akhirnya nisak membeli buku novel..(memang dah jadi kebiasaan nisak, kalau nisak bad mood, nisak akan beli buku@majalah…rasa macam ada aura yang tersendiri rasanya bila buat macam tu….2 minggu sebelum tu, nisak dah beli buku pasal membina suasana yang selesa…best giler buku tu….ayatnya yang santai buatkan nisak rasa tak terbeban untuk faham isi buku tu….)
Tajuk novel yang nisak beli tu ialah “Lafazkan Cintamu…oleh Aida Adriani”..Hmmm..agak special jugak tajuk novel ni…dan nisak sebenarnya tertarik dengan beberapa bingkisan oleh penulis novel tu:

[[ “Kalau boleh, aku pun nak semangat mak aku mengalir dalam diri aku, agar aku kuat dan tabah hadapi segala ujian hidup. Aku masih ingat, susah senang macam mana pun, mak tak pernah menangis. Dia tetap akan senyum. Kata mak dia tak mahu aku mewarisi kesusahan dan penderitaan hidup dia. Mungkin kerana itu mak tak pernah ajar aku cara nak tabah dan kuat! Namun permainan takdir, tak siapa yang mampu menduga. Lalu aku jadi manusia yang tak tahu hadapi penderitaan hidup. Aku tak tabah dan kuat macam mak……”
“Ya Allah..apalah dosaku sehinggakan takdirku begini?..Namun dia akur, mungkin ini adalah suatu ujian Allah padanya , kan ujian itu datang dalam berbagai-bagai bentuk……????
“Rin, dah lama kita tak bergaduh kan”
“Abang rindu sangat saat-saat tu…Kita memang tak boleh putar semula masa dan kenangan yang berlaku, tapi kita boleh ulang semula kan?”. Tanpa jemu Haikal terus berbicara, cuba mencari tidak balas nya, tetapi Erina hanya diam.
“Abang suka usik Rin, sebab muka Rin akan jadi merah padam kalau marah. Cantik!”
Erina membetulkan duduknya. Kakinya diluruskan. Wad terasa sunyi,hanya bicara Haikal yang kedengaran. Tudung yang menutupi sedikit mukanya diperbetulkan.
“Kalau Rin dah sihat, abang akan mintak ayah ngah pindahkan Rin kat sini semula. Mesti Rin suka kan? Kan bilik tu ada nostalgia yang tersendiri. Kat situlah Rin mula-mula kerja dan kenal abang. Kat situ jugak Rin curi-curi intai abang masa boring. Betul tak..???” Diam. Erina diam. Tajam matanya memandang Haikal….mereka sekelurga memang baik terhadapnya! Walaupun kini dia sudah bergelar janda muda…!!!Pahitnya untuk menelan gelaran itu…..dan hampir mati di tangan suaminya sendiri! Kenapa Razwan tak sebaik Haikal???? Namun dia sedikit gembira kerana saat itu suaminya sedang menuggu saat untuk ke tali gantung…..!!!!!!!!!
Oh Tuhan…aku hanya tahu membilang dugaan yang sedikit itu, tapi nikmat yang tak terhitung itu tak pernah aku endahkan…….”
Erina tiba-tiba senyum…..Haikal terpempan seketika. Ya ALLAH…betulkah itu senyuman Erina atau mataku yang menipu kerana begitu berharap yang wanita itu kembali menjadi dirinya seperti dulu…….”
]]

Betullah kata pujangga: apabila satu pintu kebahagian telah tertutup, pintu yang lain akan terbuka tetapi kita sering terpaku pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat ke arah pintu lain yang dibukakan untuk kita. Kita harus bangkit untuk melihat pintu yang terbuka itu……..

Nisak insaf sendiri saat nisak menghabiskan novel ni…memang manarik jalan cerita dan buatkan nisak terfikir tentang sesuatu……asam (yang banyak dijual kat pusanika tu ) yang masam tu akan berubah jadi manis bila dah lama kita kunyah dalam mulut. Take your time..sebelum manis tu tiba…fikir-fikirkan…~@@~…

nisak_team86: ada apa dengan pena? sekadar meluahkan ayat-ayat yang kaku yang bervariasi dengan emosi...sekadar pena...dapatkah ia dimengerti?

0 comments: