CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
KOMUNITI
PENDIDIKAN ISLAM
2007/2008
FAKULTI PENDIDIKAN
PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM
UKM

I made this widget at MyFlashFetish.com.

THE MOST POPULAR OF NISAK


Saturday, January 31, 2009

aDA apA deNGan ciNTa....?????

.....KERANA CINTA.....

video

Cinta adalah fitrah seseorang insani sama ada lelaki atau perempuan.


Jika kita mengatakan tidak kepada cinta, sesungguhnya kita membohongi kepada diri sendiri. Sebagai insan yang lemah, kita hendak diri kita dibelai, dimanja dan disayangi oleh seseorang. Cuma persoalan yang timbul dari segi kaedah dan teori cinta yang dibenarkan syarak.

Di kampus, dua aliran cinta yang terjelma iaitu aliran Islamis dan aliran cinta ala Barat.
Kita selalu diherotkan bahawa cinta itu seperti dalam filem Barat dan yang telah diamalkan oleh muda-mudi sekarang. Tanpa kefahaman, kita akan terbabas mengikut kebuasan hawa nafsu. Kita perlu faham cinta di universiti bukan lagi bercinta untuk kepuasan nafsu atau cinta monyet tetapi cinta yang akan membawa ke jinjang pelamin.
Kita insan yang mahu kesempurnaan, kita mahu teman kita yang sempurna. Cantik, bijak, masih teruna atau dara, beragama dan kaya. Itulah mitos yang perlu kita buang dari imiginasi kita. Kita insan yang tidak sempurna mahukan insan sempurna adalah sesuatu yang tidak adil dan egois.
Kesempurnaan perlu dididik, diasuh dan dicanang dalam suasana kebenaran,
persamaan dan berteraskan agama Islam.Lelaki yang baik untuk gadis yang baik dan begitulah sebaliknya. Itu janji Allah.

Carilah pasangan yang mempunyai pegangan agama walaupun hodoh, miskin dan tidak menjejak kaki di universiti. Bercintalah dalam suasana restu Ilahi dengan menjaga adat pengaulan, doa kebahagiaan dan bermatlamat ke jinjang pelamin. Bagi yang tidak berteman, sabar dan berdoalah kerana jodoh di tangan Allah dan lakukan pencarian dan luahkan perasaan cinta anda melalui orang ketiga jika malu atau segan.

Segala perlakuan semasa bercinta atau mencari jodoh perlukan doa dan penjagaan dari segi batas-batas yang dibenarkan oleh Islam.

Semoga Allah merestui Cinta warga Islamis bukan cinta ala Barat berasaskan nafsu semata-mata.

nisak_team86: nak tumpukan pada pelajaran dulu.....errkk?? boleh percaya ke? Hmm...sebenarnya hal ini bergantung kepada kekuatan hati dalam menahan gelora perasaan. Tepuk dada, tanya keinginan.....di situ baru kita akan faham apa yang kita inginkan....!!!!!

POSTER KONSERT MANIS V


KLIK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS
menampilkan artis nasyid seperti:
INTEAM
FAR EAST
NICE
DEVOTEES
Harga tiket: RM6 sahaja
Bersama kita menjayakan konsert ini.
...Berhibur sambil beramal...
"Untukmu Palestin"

Friday, January 30, 2009

tHE meMOrieS of Key pIE eiM....

Alhamdulillah.....
Nisak dan kawan-kawan nisak yang lain dimurahkan rezeki oleh ALLAH s.w.t kerana kami telah menerima tawaran biasiswa KPM...Tak sangka yang nisak pun akan dapat jugak biasiswa ni...
Tapi sebelum kami diberikan biasiswa tu, macam-macam cabaran yang kami kena hadapi termasuklah ujian MEDSI dan interview....
Dan pada hari interview itu, nisak secara tidak rasminya telah melantik diri nisak sendiri sebagai wartawan tak bertauliah, mengambil gambar dan merakam pelbagai ragam dan gelagat kawan-kawan nisak...Hmm...seronok jugak kerja ni..
Memang suatu kenangan yang nisak takkan lupa...sweet sangat...!!!
Pelbagai jenis soalan yang ditanya...punyalah bersemangat kami semua baca pasal info KPM, PIPP dan entah macam-macam lagi...nisak pun tak ingat...tapi yang tak sangkanya...tahu tak nisak disoal pasal apa.....???
Hmmmmm...pasal MAWI....!!!!
Nisak rasa tak percaya pulak bila nisak ditanya pasal mawi...huhuhuuu...nasib baiklah nisak ni expert tentang "the world" tu...moral diorang tanya soalan pasal tu ialah sebagai pendidik kita mesti alert dengan isu-isu semasa dalam apa jua perkara...kan time tu mawi yang jadi sebutan ramai...patutlah........:P
nisak dan kawan nisak [Nor Diyana, baju biru] ( masa ni nisak belum diinterview lagi.....)


wajah-wajah ceria PIPAQ
dari kiri: Farhanah, Aisyah, Afikah, Farizan dan akak dari KPM.


yang ter"candid" dalam gambar ni. dari kiri: amin, amirul fahmi, aisyah, afani (peace), farhanah (duduk tepi aisyah), 3 sekawan yang segak berdiri iaitu aizat heirol dan syukri....yang tak nampak muka tu...maaflah ya...!!!!


3 kuntum bunga di jambangan FPEND...yang berdiri Diyana, Tima ( tudung ungu ) dan Izzati (bertudung hijau )



tengok tu...tak sabar-sabar nampaknya mereka tu nak masuk bilik interview...fox da winner...!!!


ulfa (depan) dan farizan....entah kat siapalah mereka tu gelak...tak faham nisak dibuatnya...


afikah dan farizan........senyum jangan tak senyum....
bonus marks untuk interview tu.....heheheeheee...
anuar dan kamarul asyraf.....eh? nak pergi mana tu nuar?
syidah dan asmat....ceria nampaknya mereka berdua ni....


hai...macam-macam gelagat dan gaya menuggu gang budak-budak lelaki....kenapa dengan aizat tu....???

sabar jealah.....ramai betul yang tunggu nak diinterview ni.....
p/s: masa gambar ni diambil, nisak baru jea habis interview...sebab tu sedap dok kacau orang lain ni...heheheeee...jangan marah ya...!!!!

hai...aizat, heirol dan syukri ni..tengah bincang apa ya....soalan spot interview ke...???huhuhuhuuu.....
-only d'nisak-
nisak_team86: kalau ada kawan-kawan yang rasa nak belanja nisak bila dah dapat duit biasiswa tu..cakap jea..usah malu-malu...ya! nisak ni memang suka kalau ada orang belanja....

EDISI KHAS PIPAQ: LajUnYer spEAk aRAb...

video

Assalamualaikum....

Semester lepas nisak dengan kawan-kawan yang lain ambik subjek Bahasa Arab dalam Pendidikan. Seronok kelas tu....tambah-tanbah pulak bila turn "group terpilih" kena pergi ke depan dan baca cerita dalam bahasa Arab tanpa tengok teks...Tapi sebelum tu, kami telah diberikan masa selama beberapa minit untuk menghafaz teks yang kami kena baca...

Memang gamat dalam bilik bila setiap group diuji untuk baca teks bahasa Arab tu.....seronok tengok orang baca...tapi bila tiba turn kumpulan sendiri...Hahh..baru tahu macam mana rasanya...Gabra da takut usah dikata...! Maklumlah, nisak ni bukannya biasa speak arabic depan-depan orang....

Ni adalah video yang sempat nisak rakam masa kawan-kawan nisak terpilih sebagai "group terpilih" untuk bercerita kat depan.....Memang gempak!!!!

nisak_team86: suka bila tengok orang lain baca kat depan..tapi bila kena turn sendiri..terketar kepala lutut..!!!!

Thursday, January 29, 2009

cELoteH niSAk: kaLAu diiNGat kEMbaLI...

Hidup manusia memang tidak akan dapat lari dari kenangan dan pengalaman…yang manis, masam, masin, pahit…semua ada!
Hmm..sem lepas (semester 1 tahun 2 ), banyak jugak peristiwa yang nisak alami…Kalaulah diingat kembali………


1. Jadi setinggan…..
Huhh..bab ni memang sedih untuk dikenang…Yalah jadi setinggan, mana tak sedihnyer…??? Itulah orang cakap, takde masalah, dicari masalah. Alih-alih nisak jugak yang tanggung sendiri. Hmmm…alahai…Kalau ditambah tolak bahagi dan darab…nisak memang boleh sangatlah stay kat kolej Kajai tu…sebab nisak ni aktif jugak kat Kajai…Macam-macam nisak join macam Alumni Kajai, PBSM dan sebagainya…Tapi kenapa nisak kena tending jugak ya….??? TImbul persoalan di situ sebenarnya…Hehhee….yang sebenar-benarnya ialah..nisak tak pergi hantar boring pengesahan tinggal kat kolej kat pejabat JAKSA…waaaa…sebab tu kena reject! Kalau kena reject kat Za’ba terus ok jugak, tapi bila nisak check kat UPP…nak tahu dia tulis apa……ayat formal tu nisak tak ingatlah tapi bunyi ayat dalam computer tu lebih kurang macam ni…”anda tidak disahkan untuk penginapan di mana-mana kolej di UKM….!! Mak ooiii…rasa nak pengsan pun ada jugak bila nisak baca statement ayat yang bisa lagi power tu…..Dalam hati nisak fikir..apa nak buat ya? Lepas ni nak duduk kat kolej mana..??? Huhuhuhuuu….sedih oiii….
Tiba-tiba …zzaapppp..IDEA..!!! Nisak cakap kat kawan nisak yang nisak nak tumpang bilik dia masa bukak semester depan..Kawan nisak ok jea…..dia tak kisah! Kalau tak…nisak nak merajuk balik rumah mak..!!! Makk..i miss u..!! Maaf tak dapat balik…tiket dah habis! Hmmm…dah settle satu masalah…lalalalaaaa…hepi betul!
Nisak_team86: terima kasih banyak-banyak nisak ucapkan kepada Muna dan Haz kerana memberi nisak tempat berteduh semasa nisak takde tampat nak tuju……….SAYANG FOREVER….!!!!!

2. Bubar pakatan..?????
Yang ni peristiwa paling best sekali yang nisak pernah alami…Gempak betul..!!! Al-kisahnya macam ni…nisak dengan dua orang best friend nisak ( Muna dan Haz )..kami ni rancang nak daftar kursus...U2 rasanya..Pengurusan Emosi…mantap tu…memang wajarlah kot kami ambik Pengurusan Emosi sebab memang msa tu emosi nisak tak stabil….keliru nak pilih U2@U3@PB....Kami pergi masuk kelas tu….bersemangat ni…First kuliah ok lagi…tapi bila masuk jea second kuliah…Alamak..tak faham la..dahlah nota dalam bahasa Inggeris…..hmm..nisak pulak BI dapat A terbalik…Hehehehee…Alih-alih dalam kelas tu kami saling jelling-menjeling..nisak pandang muna, muna pulak pandang haz..haz pulak pandang…tak tahu pulak dia pandang siapa! Huhuhuhuuuu……
Dalam hati nisak dah niat, habis jea kelas ni..nisak nak pergi drop kursus ni…dan yang nisak tak sangka..kami berjemaah pasang niat yang sama. Drop Pengurusan Emosi…sebab nisak rasa, sejak nisak ambik kursus ni..emosi nisak jadi semakin tak stabil pulak….something problem inside kot!
Tapi walaupun pasang niat nak drop, kami tak drop lagi…Masa nak naik bas balik kelas..nisak terserempak dengan kawan nisak, Anuar ( budak program Pendidikan al-Quran ). Sembang punya sembang, nisak pun cakap yang nisak and friend baru jea balik dari kelas pengurusan Emosi….nak tahu apa yang jadi lepas tu..?? Hmmm…Anuar pun ambik jugak kelas tu, tapi dia tak datang kelas sebab ingatkan takde……dan tiba-tiba jea nisak jadi semangat nak go on kelas Pengurusan Emosi…aura Anuar kot? Lepas tu, nisak dan kawan nisak dengan Anuar sekali buat pakatan…stay kelas Pengurusan Emosi tu…
Tiba hari kelas tu…kami pergi! Masa dalam kelas, nisak tengok kat Anuar, dia pun Nampak semacam jea bila dengar lecture dari lecturer tu…berkerut-kerut dahi dia! Entah sedang fikir apalah agaknya! Kemudian lecturer bagi borang suruh buat kumpulan untuk tugasan asaimen dan hantar boring group ke depan……dan nak tahu apa yang kami buat? Nisak bangun….tapi nisak bukan pergi depan serah boring kumpulan..tapi sebenarnya nisak keluar dari bilik kuliah tu…senyap-senyap macam tikus mondok pun ada jugak! Lepas tu kawan-kawan nisak iaitu Muna dan Haz turut keluar ikut turn, termasuk anuar sekali…Keluar jea dari bilik kuliah, bagai nak pecah perut kami semua ketawa! First time buat perangai macam tu….Kalau mak nisak tahu…nahaslah jawabnya!
Dan akhirnya pakatan kami dibubarkan….drop Pengurusan Emosi….
Nisak_team86: sedih sungguh! Masa nak bentuk kumpulan tu…takde siapa pun nak join group kami! Entahlah , pelik sangat kami ni kot?

3. Alamak….kenapa pukul dah pukul 12….????
Yang ni satu lagi pengalaman yang nisak alami sem lepas…Pertama kali dalam hidup nisak jadi macam ni… Nak dijadikan cerita….hari isnin pukul 11 tengah hari, nisak ada kelas tutorial Bahasa Arab dalam pendidikan kat GM dengan Ustaz Harun…..Kebetulannya pada malam tu.nisak memang tak boleh tidur! Tak tahulah kenapa..mata nisak ni degil. Nisak suruh pejam..dia tak nak! Hampir nak masuk subuh baru nisak boleh tidur. Tapi sebelum tu nisak iron dulu baju untuk dipakai kelas esok! Takut tak sempat….Lepas subuh barulah nisak boleh tidur lena..zzzzzzzzz…..
Pukul 8 pagi nisak terjaga…ingatkan dah lambat! Terus jea nisak pergi mandi…Lepas tu mamang nisak rasa mengantuk sangat! Tka boleh nak tahan..so nisak ambik keputusan untuk tidur sekajap! Bajet masa pukul 10 pagi, nisak bangunlah pulak….Tapi, ya ALLAH…terlajak hingga ke pukul 12 tengah hari….masyaallah….masa tu nisak tak tahu nak cakap apa! Nak dikatakan yang jadi kebetulan keduanya ialah..hari tu giliran nisak kena present hiwar bahasa arab dengan kawan nisak! Memang betul-betul kebetulan…..Rasa berdebar..usah cakaplah! Kelam kabut nisak masa tu..Handphone! Nisak jenguk handphone nisak….terbeliak mata nisak tengok berpuluh-puluh mesej dan panggilan masuk….!!! Huhuhu…memang tak sedar betul masa tu… , padahal handphone tu nisak letak kat tepi bantal nisak jea….Macam mana boleh tak dengar ni? Sound trouble kot…????!!!!!!!! Lepas tu nisak telefon kawan nisak tu…huhuhuuu..nak tahu dia cakap ap? Dia cakap, ustaz Harun kirim salam kat nisak…..waaaaaa…mesti ustaz marah nisak ni….Nisak pun mesej ustaz Harun….mintak maaf dan bagitahu perkara yang sebenarnya….ustaz cakap dia tak marah pun..lagi pun ustaz cakap, dia tahu yang nisak ni selalu datang awal..dok tunggu kat luar pintu nak masuk kelas…..sesekali terbabas..nak buat macam mana kan..???? Heheheheeee…selamat!
Nisak_team86: terima kasih banyak-banyak kepada semua kawan-kawan nisak yag back up nisak masa nisak datang lambat hari tu…nisak terharu sangat!

4. Budak first year…sila drop kursus ni….!!!!!!!
Ni cerita masa nisak tahun 1 semester 2……Sesekali nisak takkan lupa ayat ni! Menyentak hati dan jantung! Bagi budak FPI mesti kenal dengan seorang ustaz yang ajar subjek STI….kalau budak FPEND, kenallah masa ambik kursus ni sem 2 tahun 2……
Nak dijadikan cerita…nisak dan kawan-kawan nisak saja suka-suka tarik kursus ni masa sem 2 tahun 1. Ingatkan boleh..rupa-rupanya…..
Masa tunggu nak masuk kelas tu,nisak dan kawan-kawan nisak dah rasa bimbang…kot-kot tak boleh tarik! Yalah…kami mana tahu…Tapi masa tu, nisak dan kawan nisak fikir satu jea “think positive…!!!!” Masuk kelas! Fuh…meng skema dan penuh berdisiplin cara ustaz conduct kuliah. First introduction….ok lagi. Lepas tu tiba-tiba jea ustaz cakap…budak FPEND first year, sila drop kursus ni…n saya harap ini adalah our last perjumpaan kita dalam kelas ni! Masa tu..semua budak-budak dalam kelas tu saling jelling-menjeling..nak skodenng siapa budak first yang ustaz maksudkan! Masa tu hanya ALLAH sahaja yang mengerti hati dan perasaan nisak! Takut, berdebar semau ada! Kot-kot ustaz sebut nama….Lepas tu nak tahu apa yang niska buat? Nisak cepat-cepat buang tali yang nisak gantung kat tengkuk nisak! Takut orang tahu..yalah, sebab hanya budak first year jea yang pakai macam tu….masa tu, dah takde “think positive”! Tapi nisak dan kawan-kawan nisak sibuk berdoa…cepat-cepatlah kelas ni habis….tak sanggup rasanya nak duduk lebih lama dalam bilik kuliah tu…….Terseksa jiwa…..
Nisak_team86: beringat sebelum kena! Lu fikirlah sendiri...nisak?Hmmm…dah puas fikir dan cukuplah terkena sekali…!!!!! No more at once…!!!!!

Masa nisak kat sekolah dulu..selalu saja nisak bayangkan macam manalah hidup di university..Hmmmm..sekarang baru nisak tahu…..”macam ni” rupanya gaya hidup di university! Erkk.. “macam ni” tu macam mana ya….??? Macam mana ya….ermm..kan masing-masing ada pendapat dan pandangan yang tersendiri….jadi imaginekan ikut your point of view….hmmm..alahai……


nisak_team86: biarkan kenangan itu terus subur mewangi di taman hati kita....

U jump I jump..!!!! EH, BOLEH KE MACAM TU?


“You jump, I jump…” Ni lah ayat yang paling famous dalam cerita Titanic! Memang syahdu betul ayat tu…@ bolehlah diistilahkan sebagai “taklid buta” atau pun ikut membuta tuli! Sebenarnya tak boleh macam tu..kita kena bersikap sebagai seorag muttabi’ iaitu seseorang yang mengikut sesuatu berdasarkan atau bersandarkan dalil yang sahih, nyata, terang dan jelas daripada al-Quran dan Hadis s.a.w….
Eh…kenapa pulak dengan ayat you jump I jumpa, lepas tu link pulak dengan al-Quran dan Hadis ni…?? Keluar pulak muqallid dan muttabi’…Confious..confious…!!!!
Bak kata pepatah..ada orang di sebalik pintu, sebenarnya nisak nak bagitahu satu cerita.
Ada lah seorang kawan nisak tanya…macam mana nisak belajar? Dia nak tahu jugak, kot-kot boleh ikut! Lucu pun ada, yalah..macam mana pulak dia boleh tanya nisak! Nisak ni..biasa-biasa jea dalam bab-bab belajar ni…Hmm..confious pulak nisak nak jawab bila dia Tanya macam tu….Nisak senyum jea..kawan nisak naik hairan..orang suruh jawab soalan, bukan buat senyuman iklan ubat gigi mukmin!
Sebenarnya nisak senyum sebab nisak sendiri pun tak tahu nak cakap apa! Nisak bukannya pakai “secret petua” pun semasa study! Biasa-biasa jea, macam orang lain jugak! Kita serupa..tak ada beza!
Kadang-kadang belajar last minute pun ada jugak…..! Yalah, malas punya pasal…orang lain lepak kat PTSL…nisak ni sedap-sedap lepak kat kayangan..!!! Tidur punya pasal…
End of story, nisak cakap kat kawan…..mana boleh main “you jump, I jump….”. Setiap orang ada cara masing-masing dan pendirian masing-masing. Sebab nisak tahu, cara nisak dengan kawan nisak itu berbeza dan nisak confirm kerat jari yang kawan nisak tu tak boleh ikut cara nisak! Kalau ikut, dia jugak yang merana…
Hmmm..cara nisak..???? Macam mana ya…?!!! Senang cakap…belajar ikut suka…Maksudnya? Nisak fleksiblekan time table yang nisak buat. Taklah rigid sangat! Rilek santai jea…jangan men”stress”kan minda anda….kalau rasa tak boleh nak follow..tukar cara lain! And bagi nisak the most important thing is…persekitaran kena sesuai dan serasi dengan jiwa….jangan ikut orang! Ada sesetangah orang tak boleh belajar kat tempat awam..macam kat PTSL, so kalau macam tu, belajarlah kat bilik…jangan ikut orang atau takut kawan-kawan mengata “Kau ni pemalaslah…sekali pun tak study kat PTSL…”, maka dalam keadaan rela paksa, dia pun pergi study kat PTSL…tapi sebenarnya satu pun tak masuk sebab persekitaran kat PTSL tu tak sesuai dengan jiwanya. Kalau macam tu, siapa yang rugi..???? Diri sendiri jugak kan?.Sepatutnya, abaikan jea kata-kata tu….Lagi sedap kalau kita dapat balas “Takpe, you jump, I stay kat sini jea….” Mahu seumur hidup kawan kita tak sebut pun perkataan “PTSL” kat depan kita!



Di sini nisak bagi tip-tip pelajar cemerlang daripada dr. Fadzilah Kamsah:
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-kita ingat 10 % apayang dibaca
-kita ingat 20% apa yang didengar
-kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
-pastikan cahaya adalah terang
-kurangkan gangguan bunyi
-tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-kerusi dan meja menghadap kiblat
-jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
-memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-mengingat kembali (recall)
-menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
-persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.

-Pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
-untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.


Memang mantap petua yang Dr. Fadzilah bagi ni….
Selamat mencuba……..

nisak_team86: kadang-kadang nisak pergi lepak kat PTSL sebab nak tengok TV jea kat tingkat 4 bahagian kaunter tu.....sronok tau..trylah cuba kat UKM!

raHsIA perIBAdi meLaLUi aLAmaT E-maiL...


Salam.....
nisak ada cerita sikit hari nie....
macam-macam jenis dan pattern alamat email yang digunakan oleh setiap orang dari kita..Di sini nisak nak kongsi sedikit tentang sikap@peribadi seseorang yang dapat dikesan melalui alamat email.....!!! Kalau yang terkena batang hidung tu...jangan pula marah nisak ya..!!!

1. Guna Nama Penuh: contoh=nurhanis_alias@yahoo.com
Menggambarkan bahawa dia adalah seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia, boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya. Tapi ingat, jangan cuba hendak memperlekehkannya…!!!

2. Nama Depan dan Nama Tengah: contoh=Amir Hanif Abdullah. Alamat emailnya aialah amirhanif@yahoo.com
Menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang amat mengharigai diri sendiri, sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan diri sendiri, serta berani tampil di khayalak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang!

3. Nama dan Tahun: contoh=Farah2003@yahoo.com
Dikatakan mempunyai ego yang tinggi dan pantang jika ada sesiapa yang cuba menentang pendapatnya dan mempunyai pegangan yang berubah-ubah. Kewujudan tahun di akhir alamat emailnya menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang tidak luas pandangan!

4. Nama Samaran: Ramai yang buat macam ni. Contoh=miss_kodok@yahoo.com
Dikatakan bahawa dia adalah seorang yang hidup dalam khayalan sehingga kadang-kala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai kerana sikap humor yang ada padanya dan jika di asah, dia mampu untuk menjadi seorang pemimpin dengan gaya yang tersendiri!

5. Nombor dan Abjad: contoh= 1190@yqhoo.com
Digambarkan sebagai seorang yang mempunyai sikap yang tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum membuka dirinya kepada orang lain. Itupun kalau dia mampu meraih kepercayaan terhadap seseorang, kalau tidak segala tentang dirinya tetap akan menjadi rahsia!

nisak_team86: ....????? no comment!hmm...nisak ada 2 alamat e-mail. Satu guna nama penuh, siap dengan nama ayah dan nama gelaran..alamat email nisak yang ke-2, nisak guna nama samaran....baru ada gaya...!!! jadi nisak ni kira macam mana ya.....????!!!! siapa yang nak tolong jawab.......?????

Wednesday, January 28, 2009

niSAk p JaLAn-jALan..part 1

"jom naik kete adik aiman..."



Kembara Alam Nisak 1:


Hari ni (28 Januari 2009 ), nisak pergi Kajang. Saja nak cuci mata sikit…hehehee..(Eh.eh..,sebenarnya nisak pergi beli barang keperluan)..yalah dah kering kontang dalam bilik tu..(uiks...pecah rahsia…huhuhuu). Banyak jugak nisak habis belanja..tapi x sampailah beribu…dalam RM50 jea…hahahaa…Hmm..jimat belanja kan..????

Tapi..ingatkan senang nak pergi Kajang, rupa-rupa..Ya ALLAH…lambatnya tunggu bas rapid datang! Pukul 10.00 pagi nisak tunggu kat bus stop Amin…pukul 1.00 tengah hari baru rapid tu datang! Huhh..mencabar sungguh penantian nisak hari nie…sebelum tu rapid dah lalu..tapi boleh pulak x berhenti…!! Adoiii…sakitnya hati…..nak jea nisak robohkan bus stop Amin tu..(tapi, apa pula kaitan bus stop Amin dengan rapid x berhenti..??? Entah! Nisak pun tak tahu..main cakap jea..)
Huhh..nama jea rapid, tapi slow punya jalan…!Siapa yang x sakit hati. Tapi nisak nasib baik, nisak tunggu rapid tu dengan kawan nisak, Rokiah@Kak Rock (nama glamournye…heheheheee…). Sambil tunggu-tunggu rapid kami borak-borak sambil minum air soya…seronok jugak! Entahlah berapa chapter cerita kami berdua dah khatam..dari zaman kanak-kanak ribena hinggalah zaman kanak-kanak…..(er.nak tanya, selain kanak-kanak ribena, apalagi kanak-kanak yang ada ya…..?)
Nisak dapat tengok pelbagai aksi kat bus stop tu…macam-macam ada! Ada yang tunggu rapid macam nisak jugak dan ada yang tunggu bas zon 3! Nak balik Keris Mas lah tu….dan akhirnya penantian nisak sampai ke penghujungnya takkala dari jauh nisak dah nampak kepala bas rapid dari jauh..(bila jea nisak niatkan dalam hati nak cancel pergi kajang..tiba-tiba jea rapid tu muncul..huhuhuuu..pakai ilmu apa entah pak cik rapid tu..)..melompat kami naik rapid! Hahahahaa…yea..yea…rapid datang!
Kembara nisak ke kajang pun bermula…jalan xlah sesak sangat pun…suam-suam kuku jea traffic jamnya…(sebab ramai yang balik kampung raya cina kot? Sebab tu kereta, motor dan yang sewaktu dengannya x banyak sangat atas jalan…) Kedai-kedai pun banyak tutup! Nasiblah…..
Sampai kat kajang..nisak dan kawan nisak berpisah…dia ikut dia punya way dan nisak..nisak’s way…terus pergi Metro….tengok dulu kiri kanan sebelum melintas…nisak jampi sikit-sikit mintak selamat…(ingatlah orang yang tersayang….semestinya mak dan ayahlah…yang “ehem ehem…” tu..tak taulah bila nak dapat…huhuhu..sedihkan?)
My first destination..(cheewah…cakap omputih pulak noo….tapi foundation x ambik lagi), semestinya nisak pergi serbu tingkat atas dulu..niat di hati nak cari buku teks Pendidikan Islam..tapi xde la…lepas tu nisak pergi cuci mata tengok-tengok kasut! (amboi..banyak duit nampak….????) Hehehee..sebenarnya nisak tengok jea..bukan nak beli pun…( tapi masa tengok tu nasib baik xde yag berkenan, kalau x confirm nisak cilok satu…hmm..macamlah berani sangat..!!!). Buku teks dah rejecet sebab xde…dan nisak check list apalagi barang yang nisak nak beli…hmmm…banyak jugak ni! Tapi sebelum pergi solat dulu kat tingkat paling atassssss…sekali jea….
Then, nisak pergi ke Gaint…nisak main campak-campak jea dalam raga barang yang nisak berkenan di hati…(tapi kalau ikutkan, semua nisak nak beli….). Macam-macam barang nisak beli….(susu/ telur/ biskut/ kicap (budu xde..kalau x, confirm nisak sambar sekali..) dan macam-macam barang yang nisak sendiri pun x ingat…yang sedihnya…ada pak cik tu cakap..banyaknya beli barang dapur…
(uiks..barang dapur..???huhuhu, nisak belum kahwin lagi la…waaaaaa…).
Akhirnya misi di Gaint Berjaya dilaksanakan..pastu nisak pun terus balik ke UKM…nasib baiklah masa nisak sampai kat tempat tunggu bas…rapid UKM dah terpacak kat situ…(dia tunggu nisak sebenarnya tu…heheheh..jangan jealous tau…) dalam pukul 4 petang baru sampai….

nisak_team86: adoii..penat sungguh hari ni..dahlah bawak barang banyak….takde siapa yang nak tolong…huhuhuuu….

"diLEMA HAti...




MELUKAI + DILUKAI + TERLUKA = ?????????
Hati. Destinasi paling sensitif bagi seseorang manusia. Hati juga tempat mengekspresikan perasan seorang hamba yang dijadikan oleh ALLAH s.w.t. Rasulallah s.a.w ada bersabda dalam hadis baginda s.a.w yang membawa maksud bahawa di dalam diri manusia itu ada seketul darah, jika baik seketul darah itu, maka baiklah seluruh jasadnya dan jika buruk seketul darah itu, maka buruklah seuruh jasadnya (manusia) dan ketahuilah bahawa “seketul darah” itu adalah “hati”
Ah…sukarnya untuk mengintepretasikan sekeping hati. Hatilah punca manusia itu bagaikan diambang bahagia dan hati jugalah punca manusia itu dillambung gelora jiwa….
Hidup manusia memang tidak sunyi daripada melakukan kesilapan dan kesalahan hingga tanpa disedari ada insan yang terguris hatinya….Hati, daerah “sensitive” yang pantang tersentuh…pasti ada rasa yang membahang di situ. Itulah hati…!!!!!!

“ME”LUKAI
Hidup ini tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Kehidupan manusia ini diibaratkan sebagai “insane yang sedang belajar”. Belajar untuk mengenali sesuatu di sekeliling mereka. Sekali tersilap….takkan tiada kemaafan di penghujungnya? Walaupun di dalam hati ini tidak pernah pun berdetik walau sesaat untuk menyentak mana-mana perasaan, namun kadang-kala kita sebagai manusia, terbabas dalam “laluan perasaan” adalah perkara biasa..Walaupun kita telah melakukan dengan sebaiknya, mana tahu tanpa sedar ia telah melukai sekeping hati…
Kadang-kala tanpa sedar. Kita telah melukai hati seseorang yang mungkin rapat dengan kita seperti ahli keluarga, sahabat atau orang lain yang ada kaitan dengan kita. Mungkin bagi kita, apa yang kita lakukan itu “apalah sangat”…tapi sebenarnya ia telah menyebabkan ada insan yang memendam rasa dan duka. Kadang-kala rasa amarah yang gagal untuk kita kawal telah menyebabkan kita telah “melepaskan” habuan kepada orang lain. Akhirnya rasa “terasa hati” dipendam dan ianya ibarat bom masa yang hanya menunggu masa sahaja untuk meletup!

“DI”LUKAI
Pernahkah diri dihambat rasa sedih, terkilan, kecewa, merana selama kehidupan kita ini? Pastinya begitu sukar untuk dilupakan saat apabila hati dan perasaan kita telah dilukai. Ibarat sembilu yang tajam menikam dengupan jantung kita, sehingga meyebabkan kita hampir-hampir kehilangan ruang untuk bernafas! Ah..begitulah sakitnya perasaan takkala hati nan suci ini dilukai. Siapa yang inginkan kekecewaan? Siapa yang mahukan kesedihan? Siapa yang sanggup menelan onak duri dalam ranjau perjalanan mereka ? Namun itulah rencah kehidupan…Hidup manusia sebenarnya sentiasa bertukar rentak dan warna. Bermacam perisa dan perasa. Kadang-kala diri dihambat gembira dan kadang-kala bersalut duka! Tapi, apa yag penting, walaupun diri sesekali dilukai, janganlah cepat berputus asa…Takkala diri diambang duka…janga anggap bahagia bahagia takkan menjengah tiba….Walaupun hujan turun disaat kita anggap kita menganggap petang kan tetap bersinar, tapi manalah tahu matahari masih sudi menjengukkan diri walaupun pada hari yang berikutnya…Kemungkinannya tetap ada.Hmmmm, siapa tahu kan….???

“TER”LUKA
Hidup manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan hatta sebesar biji zarah pun. Kalau tidak manakan mungkin Allah s.w.t. menyatakan bahawa setiapa manusia akan dihitung buruk baik perbuatan dan amalan mereka walaupun sebesar biji zarah..Tiada siapa yang ingin melukai, kerana halusnya perasaan itu hinggalah kita tidak mahu ia tercuit sedikitpun! Juga tiada sesiapa yang ingin dilukai kerana duka jeritan batin hanya kita sahaja yang mengerti. Tapi, mungkin tanpa disedari…..rasa terluka tetap ada! Biasalah…manusia mana ada perfectnya!
nisak_team86: harap-harap tiada insan yang terasa hati dengan nisak......

Tuesday, January 27, 2009

kAU keSAYANGanKU....


Glitterfy.com - Glitter Graphics


Semalam saya ada membaca nukilan dalam blog sahabat saya. Bait-bait ayatnya begitu menyentuh perasaan saya. Tautan kata-kata yang terlakar itu lantas menyedarkan saya tentang sesuatu.
Kasih sahabat.....
Dulu saya pernah kata pada seorang sahabat saya...
"Saya nak cari sahabat...
sebab rasa dekat macam kerabat...
saya tak nak cari kawan...
sebab mungkin kita akan berlawan (bergaduh...)"
Masih segar lagi dalam ingatan saya akan bait-bait ucapan yang saya lontarkan buat sahabat saya itu....
Saya sayangkan dia sebab bagi saya dialah kawan terbaik yang pernah saya ada....
Namun...
Entah kenapa tidak terluah...
Bagi saya.....
Dialah sahabat yang....
"Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu"
Namun...
Entah kenapa...
"Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia"
Mungkin kerana kami berkawan baik....
Jadi saya merasakan...
Tak perlulah saya luahkan.....
"Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata"
Sekarang saya sedar...
Memang betul.....
"Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan"
Namun..
saya tidak sempat mendapat peluang seperti itu...
Akhirnya....
Dia pergi meninggalkan saya dengan seribu kenangan manis yang pahit untuk dikenang...
Tak pernah sekalipun saya cakap yang saya sayangkan dia......
Dia pun macam tu....
Tapi hubungan kami memang baik......
Dan persahabatan kami terus segar dan mekar berkembang...
Hinggalah satu saat......
Sayup-sayup kedengaran di telinga saya..
yang....
"Dia dah takde....."
Masa tu..
Betapa menyesalnya saya kerana tidak pernah cakap...
yang saya sayangkan dia....
Dan sampai sekarang....
Saya masih lagi tertanya-tanya..
Adakah dia tahu yang saya sayangkan dia......?????

bila dah last year..???





Bila dah lasat year...???

Kadang-kadang terfikir juga, macam manalah rasanya bila jadi student last year? Dah nak habis belajarlah katakana. Mana tidaknya, sebelum ini kita bermati-matian pergi kuliah, buat asaimen, buat tugasan dan pergi kelas tuto...tup-tup tanpa disedari...dah masuk tahun ke-3 atau ke-4....Betapa cepat masa yang berlalu tanpa kita sedar.....

Pasti berkkobar-kobar semangat kita tika itu. Bagi yang dah jumpa "Prince Charming@Princess Charmiah"..hmmm..faham-faham sendiri sajalah, kan? Pasti sibuk dengan pelbagai persiapan...(bagi sesetengah orang la yang dah planning awal-awal lah).

Tak kurang juga yang dah pasang impian tinggi melangit. Lepas habis belajar, hendak kerja, balas jasa mak ayah, adik-adik dan keluarga! Memang itupun impian dan harapan seorang insan yang bergelar anak-anak!

Tapi, berapa keratlah yang berjaya buat macam tu? Masa bercakap, manis bibir daripada gula, lembut gigi daripada lidah...Tapi sebenarnya..kosong! Bila dah dapat kerja, mak ayah dan keluarga langsung dia lupa. Realiti memang begitu....(Nauzubillah..moga-moga diri jauh dari sikap macam tu..amin!)

"Nanti bila orang dah dapat kerja, mak dengan ayah tak payah kerja lagi, biar orang yang jaga..."

Hmm..ayat tu memang dah famous di kalangan kita...Sampai tersenyum dalam tidur ibubapa kita apabila anak-anak mereka mengungkapkan kata-kata seperti itu. Betapa bangganya mereka kerana mempunyai anak-anak yang dapat dijadikan dahan untuk berpaut dan daun untuk berteduh takkala mereka mula dimamah usia....Namun janji hanya tinggal janji....

Rasa terkilan cuba disembunyi.....

"Orang sibuk sekarang ni mak..!!! Banyak kerja sangat......."." Takpe...mak faham...."Naluri ibubapa..mereka sebenarnya hanya inginkan perhatian dan kasih sayang dari anak-anak! Bukannya wang ringgit semata!

Oleh itu...

Bila dah last year....rancanglah perjalanan hidup kita dengan sebaiknya! Jangan hanya pandai menabur janji..kelak ada yang terasa hati...

Dan pastinya rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan dan sahabat tidak dapat disembunyikan...tapi life must go on...tak dapat jumpa..YM kan ada! Just taip jea....


Kepada abang-abang senior dan kakak-kakak senior..teruskan perjuangan anda...dan redhalah walaupun dimana jua abang dan kakak semua dipostingkan.......

SELAMAT MENGAJAR DAN BERBAKTI.......

Monday, January 26, 2009

errmmm...memang TAK PATUT..

patut ke macam ni..???

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman…
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul…

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih.kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh…

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati…!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu…

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la….
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu….
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:…patut pun kena reject…

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato’ mana bela nih….
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih…..

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri…

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh….
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu….

kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worryi will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2…

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu…
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe…
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: kau ni takde keja lain ke… sibuk ni tau..


Hmmm...islam sebenarnya tak macam tu!
Itu adalah bagi sesetangah manusia yang takbur dengan nikmat yang telah dikurniakan kepada mereka. Entah-entah mereka yang anggap macam tu..bukannya hansem@cantik sangat pun..!!! Suam-suam kuku jea hensem@cantiknya!

Wanita yang cantik tak semestinya mereka itu perfect! Sama juga dengan mereka yang tidak dikurniakan kecantikan paras rupa...Sama juga macam lelaki! Ada apa dengan hensem...???
Tapi ada yang cakap,
kalau pandang yang hensem dan cantik..makan nasi lauk ikan kering pun rasa macam makan ayam goreng...
Macam mana nak jawab tu ya.....???

Kenal tak dengan Cleopatra..???? Seorang pemerintah dinasti Macedonia Greek yang memegang tampuk pemerintahan Mesir semasa berusia 17 tahun! Hebat...Tapi benarkah dia cantik...??? Dalam buku novel yang ditulis oleh Habibirrahman el-Shirazy yang bertajuk: Pudarnya Pesona Cleopatra...mengisahkan bahawa watak utama ( suami Raihanna ) telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap isterinya itu ( Raihanna ) kerana kecewa yang isterinya itu tidak secantik gadis-gadis Mesir titisan Cleopatra....Sampai begitu penangan "cantik" pada pandangan suami Raihanna itu...Namun dia akui bahawa Raihanna itu memang wanita dan isteri yang sempurna...cuma kurang cantiknya...!!!!
Kalau ditengok padapatung Cleopatra yang diukir dan disimpan di sebuah muzium di Britain..Cleopatra taklah cantik sangat pun...,tubuhnya sederhana tinggi dan badannya tembam!
Tapi apa yang hebatnya Cleopatra hinggakan dua orang pahlawan yang gagah perkasa pada masa itu iaitu Julius Ceaser dan Mark Anthony rebah@tersungkur di kaki wanita ini? Apa hebatnya dia....???
Inilah kehebatnya perasaan yang ALLAH berikan kepada kita...mata yang melihat tidak sama dengan hati yang mentafsir! Betul kan...???? Setiap manusia dikurniakan akal yang mempunyai pandangan dan pemikiran yang tersendiri.....
Kisah suami Raihanna, Julius Ceaser dan Mark Anthony memberikan gambaran dan persepsi yang berbeza tentang "makna kecantikan" itu sendiri...
Arghh...susahnya......
Tapi apa pun..
ingatlah..
kecantikan semulajadi bukan terletak pada paras rupa..
tapi terletak pada akhlak budi bahasanya.....
Bak kata orang..:
"Huhh..cantik pun tak guna kalau perangai macam hantu raya....!!!!!"
Hmmm.....betul jugak kan...????

.....fikir-fikirkan dan selamat beramal...kata Prof. Dr. Izi...>

CORANG-CORENG 1




Salam perjuangan buat sahabat semua;


Rasanya sudah hampir sebulan kita semua memulakan semula pengajian kita di bumi UKM ini bagi semester 2 2008/2009. Ahh..terasa begitu cepat masa berlalu. Kalau dulu, semasa berada di tahun 1, kita seringkali menghitung dan mencongak sendiri,bilalah nak jadi "senior"! Yalah, masa tahun 1 dulu, kita main ikut jea apa yang senior suruh buat! Maklumlah, takut nak membantah! Nanti kena tulah...huhuhuhu..Saipa jugak yang susah? Kita juga bukan....???? Bagaimana perasaan sahabat sekarang selepas berjaya melepasi halangan pada tahun 1? Fuhhh...!! Mesti hepi bangat sih...!!!! Yalah, sekarang kan dah pegang title "senior"lah katakan...walaupun perangai tu ada jugak yang tak berubah-ubah! Sekali tengok macam budak tahun 1! Mana tidaknya, bas zon 2 dengan bas zon 3 pun boleh tertukar...ada ke patut nak pergi kolej Za'ba naik bas no. 3...????Huhuhuhhu..agak-agaknya siapa tu...( bukan saya ya..

Belajar oooo..belajar....;

Letihlah..!!!!! Susah giler...!!! ( Memang dahsyat ayat tu...!!) Tapi itulah yang keluar dari mulut kawan-kawan kita yang lain tentang kursus pengajian kita pada semester ini. Susah ke? Hmm...memang susah pun...pening kepala nak fikir..( sampai demam jadinya..>sayalah tu...hik3 ). Subjek x susah manapun, cuma tugasan yang perlu dibuat, itu yang susahnya. Memang susah yang amat...!!!! Kadang-kadang boleh tertukar. Yalah masa meeting kumpulan Kurikulum dan Penilaian Dalam Pendidikan Islam, boleh pulak terbincang pasal subjek Tasawwur Dalam Pendidikan Islam....apa nak jadilah.....Boleh dikatakan semua budak batch kita cakap macam tu..ayat lebih kuarng sama...main copy paste kot? Memang betul-betul menguji ketahanan fizikal dan mental belajar pada semester ni..... Sabar jealah Belalang......


Kena semangat...!!!!


Tapi walau susah macam mana pun, kita kena SEMANGAT....!!!!! Takkan dah nak surrender dengan cabaran ayng tak seberapa tu...?? Ini baru cabaran di alam pembelajaran, tak masuk lagi alam realiti punya...time mengajar kat sekolah! Lagi banyak tugasan yang kita kena buat! OK...jadi kesimpulannya...jangan cepat mengalah dan mudah mengeluh dengan setiap kesukaran yang kita hadapi sepanjang liku-liku perjalanan kita dalam menuntut ilmu... stay cool and slumber.....


Doakan kesembuhan....


Hmmm...rasa terkilan dan sedih memang tidak dapat disembunyikan oleh kebanyakan budak-budak PI khasnya dan semua warga FPEND amnya, untuk semester ni. Rasanya satu UKM dah tahu pasal salah seorang sahabat kita yang juga calon GM untuk PRK telah ditimpa kemalangan..Hmm..memang betullah kata Ustaz Ezad, kemalangan tak berbau....( salah peribahasa sebenarnya tu..). Yalah, siapa yang tak kenal dengan Faiz Ismail? The top student at Faculty of Education...!!! Hmmm....kalaulah ada yang tak tahu siapa itu Faiz, confirm, bukan budak FPEND....!!!!! Mungkin budak yang tersesat masuk ke fakulti kot? Siapa sangka yang perkara itu akan berlaku kan? Tapi kita sebagai sahabatnya, hanya dapat mendoakan supaya Faiz cepat sembuh dan kembali semula ke fakulti untuk menjalankan tugas anda sebagai "YB" kami.......OK? Dapat buat laluan susur gajah kat FPEND pun jadilah......dan kepada Faiz...percayalah bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya...( tapi orang ada cakap, cakap memang senang, tapi yang menanggungnya yang parah....). Semoga anda suksess selalu....


Akhir kalam.......


"moga yang terbaik menjadi milik kita semua..."


-AMIN-


"sebaik-baik kejayaan adalah usaha yang berterusan"

khas untuk kawan2 yang bina masjid...


SELAMAT PENGANTIN BARU

CHE MARIANI BT. MOHD TAJUDIN ( YANIE )

dengan pasangannya

MOHD JAREH B. GHAZALI

yang melangsungkan perkahwinan mereka pada

26 JANUARI 2009/ ISNIN

"saya doakan semoga Yanie berbahagia hingga ke akhir hayat"

alahai....



BERAPA RAMAI LEKAKI BOLEH JADI IMAM..???!!!

"Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidakboleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati."Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis yang juga rakannya. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pela jaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya."Habis sekarang Kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mestiboleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermaknamakin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perluhandal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalauboleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga.Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepadakeluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga."Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau p! un dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isterisembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkanwanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
-WASSALAM-

roLE MOdel seorang RASUL...

INSAN CEMERLANG UMAT TERBILANG: DARI PERSPEKTIF MODAL
INSAN HARAPAN...

Ibarat mentari yang amat kedekut memancarkan sinar cahayanya,
Manusia hidup dalam kegelapan dan kesesatan,
Terumbang-ambing dalam mencari panduan,
Dahan untuk berpaut takkala diri dalam kegoyahan…
Daun untuk berteduh bilamana diri diterpa bahang kekufuran...
Namun, siapa sangka,
Takkala padamnya api sembahan Majusi di Parsi...
Sedangkan si ibu bertaruh nyawa melahirkan satu jiwa
Amanat dari sang suami tercinta yang lebih dikasihi Tuhannya...
Ia merupakan suatu petanda
Akan lahir seorang insan yang berwibawa
Utusan Tuhan yang Maha Esa...
Membawa khabar dan berita tentang dosa dan pahala, syurga dan neraka
Tentang perihal dunia yang nyata dan akhirat yang fana..
Engkaulah, Muhammad bin Abdullah....
Bertakbir datuknya mengelilingi Kaabah yang mulia
Melaungkan“Yang Terpuji’’ itulah cucu yang telah lama dinantikannya....
Engkaulah modal insan...
Teras pembangunan umat yang terbilang...

Bertakbir seluruh alam ciptaan, berdendang malaikat bertasbih sujud kepada Tuhan. berdendam syaitan demi melunaskan janji yang terpendam di atas kelahiran seorang insan bernama Muhammad bin Abdullah. Alangkah mulianya Nabi Muhammad s.a.w....Sedar atau tidak, adakah kita betul-betul mengenali insan yang amat dirindui penghuni dilangit ini serta seorang yang amat diharapkan syafaatnya pada hari Kiamat kelak....?!!! Alangkah sedihnya, rata-rata remaja Islam pada hari ini begitu asyik membilang dan menghitung berapa kuntum jambangan mawar ros yang akan diterima dari buah hati pengarang jantung takkala tiba hari Valentine, tetapi tidak pernah menghitung sudah berapa keratkah sejarah Nabi s.a.w. yang masih lekat diingatan kita? Pernahkah kita cuba me’ricycle’kan kembali lembaran sejarah baginda s.a.w walaupun sehari dalam kehidupan kita? Pernahkah..?!!! Atau pun semuanya sudah di’empty’kan tanpa di’restore’ kembali walaupun sekadar terpaksa’tujuk alim’ konon-kononnya diri tahu sejarah Nabi s.a.w. takkala sibuk memperkatakan tentang Maulid baginda s.a.w. Adakah ada diantara kita yang memasukkan tarikh kelahiran baginda s.a.w. sebagai salah satu tarikh penting dalam diari hidup kita....?. Adakah ada insan seperti itu..??? Atau bila sahaja diberitahu esok akan disambut Maulid Rasul, diri hanya mengiakan sahaja tetapi dalam hati mencongak sendiri....menghitung-hitung nombor yang tidak pasti, bila tarikh lahir Nabi..?!!!.
Secebis bingkisan peribadi baginda s.a.w yang bernama Muhammad b. Abdullah yang telah diputerakan pada 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah bersamaan 20 April 517 di Kota Suci Makkah pada hening subuh pagi. Insan mulia ini, tidak sempat menatap wajah ayahanda tersayang Abdullah b. Abdul Mutalib, seorang peniaga termahsyur. Namun baginda hidup penuh kebahagiaan dalam dakapan sayang ibunda tercinta Aminah bte. Wahab, seorang suri rumah. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w adalah sebaik-baik insan ciptaan, sempurna tubuh badan hingga sukar untuk digambarkan keelokannya.. Berat badan baginda sesuai dengan ketinggian,sedangkan ketinggian baginda amat sesuai dengan berat badannya...ah, alangkah segaknya!!! Dengan kulit cerah berseri putih kemerahan. Baginda amat sukakan labu air bersama roti yang dimasak dengan daging serta sup dengan“favourite drink’’nya air susu dan air zam-zam. Harus diketahui bahawa baginda amat sukakan warna putih, suatu lambang kesucian yang amat tulus dan murni. Pakaian adalah akhlak diri, senantiasa baginda berjubah dan berserban bukan berpakaian serabai seperti mat-mat lepak di jalanan, dengan mengembala kambing dan berniaga sebagai kerjaya yang amat diminati bukan melepak di gedung pasaran konon-kononnya sebagai kembara alam.


Masa lapang baginda s.a.w. dihabiskan dengan membaca Al-Quran, bukan majalah Mangga dan Manggis yang berlambak di pasaran. Baginda s.a.w amat suka menunggang kuda dan bermain pedang, bukan merempit mengndang padah di jalanan. Ah…betapa bahagianya hidup baginda dikelilingi 11 orang isteri. Bersama Siti Khadijah mengharungi pahit getir perjuangan dan Siti Aisyah yang penuh gelak ketawa dan kemanjaan serta isteri lain yang dinikahi demi menegakkan syiar Islam dan sebagai penghormatan kepada kaum wanita dengan kehadiran 7 orang cahaya mata, sang puteri yang menjadi kecintaan serta sang putera yang didambakan kerinduaan kerana mereka lebih disayangi oleh Tuhan sekalian alam…
Inilah role model insan cemerlang, yang mana didikannya telah berjaya melahirkan ummah terbilang yang amat didambakan untuk pembangunan masa hadapan. umat Islam disarankan agar menjadikan Rasullullah sebagai idola dan model ke arah menjadi insan cemerlang. Budaya kekitaan dan persaudaraan perlu disegar-bugarkan kembali agar masalah masyarakat dapat ditangani secara kolektif dan efektif. Semangat perjuangan untuk menegakkan syiar agama perlu ada dalam setiap orang Islam agar martabat umat Islam tidak mudah diperlekeh oleh orang bukan Islam.
Mengangkat tema sambutan Maulidur Rasul 1429 iaitu “Insan Cemerlang Umat Terbilang” pada tahun 2008, wajarlah kita mengambil iktibar serta intipati yang berguna dengannya bertepatan dengan uasaha dan hasrat kerajaan untuk masyarakat minda kelas pertama berteraskan modal insan sebagai medium atau saluran utama untuk menjana diri ke arah melahirkan umat yang terbilang.
Menyoroti sepintas lalu ungkapan tema ini, perkataan insan amat sinonim dan sering kali dikaitkan dengan perkataan ummah. Hubungan antara kedu-duanya amat erat dan samada kita sedari atau tidak, rangkaian perkataan ummah sudah pun wujud pada zaman Rasulallah s.a.w lagi dan penggabungan perkataan insan dan ummah membawa suatu makna yang signifikan dan tersendiri.
Perkataan insan membawa pengertian manusia yang seringkali dihubungkan dengan sifat-sifat kabaikan mahupun kejahatan. Menurut perspektif Islam, insan didefinisikan sebagai makhluk Allah yang paling sempurna yang dikurniakan daya berfikir dan daya memahami untuk menyempurnakan tanggunngjawab selaku Khalifah diatas muka bumi dengan memakmurkannya mengikut amanah dari Pencipta. Kegagalan memahami hakikat insan ini boleh menyebabkan manusia atau insan terpelosok ke lembah kekecelaruan dalam pelbagai aspek kehidupan dan pemikiran. Manakala Ummah pula merujuk kepada masyarakat sejagat yang bukan sahaja merentasi batas bangsa, etnik dan komuniti tetapi ia tirut dikaikan dengan komitmen terhadap Islam demi membangunkan kitaran mastyarakat berdasarkan garis panduan yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, ummah tidak dibatasi oleh faktor geografi, bahasa, bangsa dan sejarah. Istilah perkataan cemerlang membawa suatu dimensi gilang-gemilang dan berkilauan, manakala perkataan terbilang didefinisikan sebagai terkenal,mahsyur dan terkemuka.
Bermula sambutan Maulidur Rasul dengan perarakan sambil melaungkan selawat ke atas junjungan baginda s.a.w., ini merupakan suatu simbolik keraian umat Islam terhadap kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Sekaligus, sebagai mencanangkan tema yang berfungsi sebagai pembakar obor-obor gemilang bagi melahirkan umat yang terbilang...Memang asyik dan khusyuk sekali kita melaungkannya, tetapi pernahkah terlintas di fikiran kita, setakat manakah pencapaian seseorang insan itu untuk diiktiraf sebagai cemerlang dan apakah kriteria diguna pakai bagi mengukur tahap sesuatu kecemerlangan, yang mana kesinambungan daripada itu akan melahirkan umat terbilang..??? Jika tahap kecemerlangan dapat diukur dengan tepat, maka perancangan strategi untuk mencapai kecemerlangan akan menjadi satu pelan tindakan yang praktikal, kukuh dan jelas
Oleh demikian, perkara utama adalah penentuan matlamat tepat dan jelas. Sehubungan itu, Allah menggariskan dasar kepada matlamat kehidupan insan seperti firman-Nya dalam surah al-Maaidah yang bermaksud:



"Allah reda kan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar.”




Ayat ini menyatakan kejayaan besar ialah mendapat keredaan Allah dalam tempoh jangka masa panjang yang bersifat kekal dan abadi selamanya.Segala perbuatan insan sewajarnya dilakukan semata-mata untuk mendapat keredaan Allah dan bukan untuk mencapai matlamat lain kerana semua matlamat sampingan atau jangka pendek berpunca daripada keredaan Allah terhadap makhluk-Nya.


Justeru, bagi membolehkan semua insan mencapai kecemerlangan, Allah mengutus model insan cemerlang yang tiada tandingan sehingga hari kiamat, tidak lain dan tidak bukan, Nabi Muhammad s.a.w. Umat Islam telah berdepan dengan pelbagai bentuk ujian yang bukan sahaja menguji kekuatan diei dan ekonomi, bahkan mereka turut diuji dengan pelbagai ancaman ke atas jiwa dan nyawa sejak penurunan wahyu pertama di Gua Hira’ di Makkah, sehingga berjaya membentukummah madani di Madinah. Umat Islam pada masa itu bukan sahaja mampu mendepani pelbagai cabaran bahkan telah berjaya meninngkatkan kekuatan fizikal, mental dan spritual sehingga muncul sebagai“penaraju tamadun manusia’’, takkala masyarakat di Barat dan Eropah masih lagi teggelam dalam zaman kegelapan. Lambang kegemilangan ini telah ditegaskan oleh Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110 yang bermaksud:

" kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik"



Secara jelas Allah s.w.t. menyatakan bahawa orang Islam adalah merupakan sebaik-baik insan yang dengannya akan terbentuk suatu gagasan umat yang mampu menggapai keterbilangan dalam setiap asspek kehidupan. Untuk itu, perlu ada sesuatu dalam diri orang Islam itu sendiri yang menjadi suatu jentera untuk menjana akar umbi kecemerlangan. Oleh itu amat bertepatanlah dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia untk melahirkan Modal Insan yang mampu menggarap prospek kecemerlangan pada masa yang akan datang.
Pembangunan modal insan merupakan corak penentu hala tuju negara ke arah mencapai wawasan yang telah ditetapkan. Tanpa modal insan yang berkualiti,sesebuah negara akan lemah kerana ketiadaan faktor manusia yang akan menjadi pencetus kepada kemajuan sosioekonomi negara. Sama halnya dengan pembangunan umat Islam, bagaimana akan lahir umat Islam yang mampu mengangkat taraf dan martabat maruah serta negara Islam itu sendiri, jika dalam diri mereka tiada modal untuk disumbangkan?!! Oleh itu, secara idealistiknya, penekanan ke atas pembangunan modal insan perlu mempunyai sikap dan pemikiran yang progresif serta memilki nilai dan etika yang universal bagi melahirkan individu dan umat Islam yang mempunyai kekuatan spritual (rohani), akhlah, intelektual, berdaya saing, inovatif serta proaktif dan cekap dalam menangani cabara-cabaran semasa terutama hal-hal yang bersangkutan dengan kemaslhatan umat Islam. Dengan ini, maka ianya akan melahirkan bukan sahaja umat, malah insan yang bakal menjadi penjana kecemerlangan seterusnya mewujudkan umat yang tebilang.





PEMENANG TEMPAT KE-2


KATEGORI PENULISAN RENCANA


MAJLIS SAMBUTAN MAAL MAULIDUR RASUL PERINGKAT UKM 07/08


HASLINDA RAMLEE


A117200


FAKULTI PENDIDIKAN


UKM

hargailah WANITA...

-HARGAILAH DIRI WANITA-
.....kerana sesungguhnya wanita itu memang dijadikan cantik....

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan".

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukungsuaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahuibahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk beradadisisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya. Aku memberinya air mata untukdititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Sunday, January 25, 2009

beTAPA seDIhnYEr....

assalamualaikum....

huhuhuhuu...
sedih sungguh di hatiey ini...
yalah, orang lain semua dapat balik kampung...
tapi saya terpaksa pulak berkampung kat UKM ni sorang-sorang...
waaaaaaaaa....
takde siapa yang teman...
huhhuhuhuu...
tulah sape yang suruh beli tiket lambat sangat?
padan muka...!!!
(mengata kat diri sendiri takpe..x berdosa..hehehehehee..)

"dalam dingin subuh..
hatiku terusik kerna nasib diri dirantauan...."

eh..eh..
silap pulak..
lagu tu time raya jea orang nyanyi...huhuhuhuhuuu...
tapi apa pun...
diucapkan selamat bergembira kepada kawan-kawan semua yang "berjaya" balik ke kampung...
dan pesanan saya....
dalam begembira kat kampung tu..
ingat-ingatlah orang tak dapat balik kampung...
(macam saya nie...)

salam ukhwah,
nisak_team86@haslinda
"sebaik-baik kejayaan adalah usaha yang berterusan.."

ustaz@ustazahUKM_IslamicEducation07/08


Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua
Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara
Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian
Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua