

Posted by Haslinda bt Ramlee at 5:00 AM 0 comments
Posted by Haslinda bt Ramlee at 12:08 AM 2 comments
Posted by Haslinda bt Ramlee at 4:36 AM 0 comments
Assalamualaikum....
Semester lepas nisak dengan kawan-kawan yang lain ambik subjek Bahasa Arab dalam Pendidikan. Seronok kelas tu....tambah-tanbah pulak bila turn "group terpilih" kena pergi ke depan dan baca cerita dalam bahasa Arab tanpa tengok teks...Tapi sebelum tu, kami telah diberikan masa selama beberapa minit untuk menghafaz teks yang kami kena baca...
Memang gamat dalam bilik bila setiap group diuji untuk baca teks bahasa Arab tu.....seronok tengok orang baca...tapi bila tiba turn kumpulan sendiri...Hahh..baru tahu macam mana rasanya...Gabra da takut usah dikata...! Maklumlah, nisak ni bukannya biasa speak arabic depan-depan orang....
Ni adalah video yang sempat nisak rakam masa kawan-kawan nisak terpilih sebagai "group terpilih" untuk bercerita kat depan.....Memang gempak!!!!
nisak_team86: suka bila tengok orang lain baca kat depan..tapi bila kena turn sendiri..terketar kepala lutut..!!!!
Posted by Haslinda bt Ramlee at 3:39 AM 1 comments
Hidup manusia memang tidak akan dapat lari dari kenangan dan pengalaman…yang manis, masam, masin, pahit…semua ada!
Hmm..sem lepas (semester 1 tahun 2 ), banyak jugak peristiwa yang nisak alami…Kalaulah diingat kembali………
1. Jadi setinggan…..
Huhh..bab ni memang sedih untuk dikenang…Yalah jadi setinggan, mana tak sedihnyer…??? Itulah orang cakap, takde masalah, dicari masalah. Alih-alih nisak jugak yang tanggung sendiri. Hmmm…alahai…Kalau ditambah tolak bahagi dan darab…nisak memang boleh sangatlah stay kat kolej Kajai tu…sebab nisak ni aktif jugak kat Kajai…Macam-macam nisak join macam Alumni Kajai, PBSM dan sebagainya…Tapi kenapa nisak kena tending jugak ya….??? TImbul persoalan di situ sebenarnya…Hehhee….yang sebenar-benarnya ialah..nisak tak pergi hantar boring pengesahan tinggal kat kolej kat pejabat JAKSA…waaaa…sebab tu kena reject! Kalau kena reject kat Za’ba terus ok jugak, tapi bila nisak check kat UPP…nak tahu dia tulis apa……ayat formal tu nisak tak ingatlah tapi bunyi ayat dalam computer tu lebih kurang macam ni…”anda tidak disahkan untuk penginapan di mana-mana kolej di UKM….!! Mak ooiii…rasa nak pengsan pun ada jugak bila nisak baca statement ayat yang bisa lagi power tu…..Dalam hati nisak fikir..apa nak buat ya? Lepas ni nak duduk kat kolej mana..??? Huhuhuhuuu….sedih oiii….
Tiba-tiba …zzaapppp..IDEA..!!! Nisak cakap kat kawan nisak yang nisak nak tumpang bilik dia masa bukak semester depan..Kawan nisak ok jea…..dia tak kisah! Kalau tak…nisak nak merajuk balik rumah mak..!!! Makk..i miss u..!! Maaf tak dapat balik…tiket dah habis! Hmmm…dah settle satu masalah…lalalalaaaa…hepi betul!
Nisak_team86: terima kasih banyak-banyak nisak ucapkan kepada Muna dan Haz kerana memberi nisak tempat berteduh semasa nisak takde tampat nak tuju……….SAYANG FOREVER….!!!!!
2. Bubar pakatan..?????
Yang ni peristiwa paling best sekali yang nisak pernah alami…Gempak betul..!!! Al-kisahnya macam ni…nisak dengan dua orang best friend nisak ( Muna dan Haz )..kami ni rancang nak daftar kursus...U2 rasanya..Pengurusan Emosi…mantap tu…memang wajarlah kot kami ambik Pengurusan Emosi sebab memang msa tu emosi nisak tak stabil….keliru nak pilih U2@U3@PB....Kami pergi masuk kelas tu….bersemangat ni…First kuliah ok lagi…tapi bila masuk jea second kuliah…Alamak..tak faham la..dahlah nota dalam bahasa Inggeris…..hmm..nisak pulak BI dapat A terbalik…Hehehehee…Alih-alih dalam kelas tu kami saling jelling-menjeling..nisak pandang muna, muna pulak pandang haz..haz pulak pandang…tak tahu pulak dia pandang siapa! Huhuhuhuuuu……
Dalam hati nisak dah niat, habis jea kelas ni..nisak nak pergi drop kursus ni…dan yang nisak tak sangka..kami berjemaah pasang niat yang sama. Drop Pengurusan Emosi…sebab nisak rasa, sejak nisak ambik kursus ni..emosi nisak jadi semakin tak stabil pulak….something problem inside kot!
Tapi walaupun pasang niat nak drop, kami tak drop lagi…Masa nak naik bas balik kelas..nisak terserempak dengan kawan nisak, Anuar ( budak program Pendidikan al-Quran ). Sembang punya sembang, nisak pun cakap yang nisak and friend baru jea balik dari kelas pengurusan Emosi….nak tahu apa yang jadi lepas tu..?? Hmmm…Anuar pun ambik jugak kelas tu, tapi dia tak datang kelas sebab ingatkan takde……dan tiba-tiba jea nisak jadi semangat nak go on kelas Pengurusan Emosi…aura Anuar kot? Lepas tu, nisak dan kawan nisak dengan Anuar sekali buat pakatan…stay kelas Pengurusan Emosi tu…
Tiba hari kelas tu…kami pergi! Masa dalam kelas, nisak tengok kat Anuar, dia pun Nampak semacam jea bila dengar lecture dari lecturer tu…berkerut-kerut dahi dia! Entah sedang fikir apalah agaknya! Kemudian lecturer bagi borang suruh buat kumpulan untuk tugasan asaimen dan hantar boring group ke depan……dan nak tahu apa yang kami buat? Nisak bangun….tapi nisak bukan pergi depan serah boring kumpulan..tapi sebenarnya nisak keluar dari bilik kuliah tu…senyap-senyap macam tikus mondok pun ada jugak! Lepas tu kawan-kawan nisak iaitu Muna dan Haz turut keluar ikut turn, termasuk anuar sekali…Keluar jea dari bilik kuliah, bagai nak pecah perut kami semua ketawa! First time buat perangai macam tu….Kalau mak nisak tahu…nahaslah jawabnya!
Dan akhirnya pakatan kami dibubarkan….drop Pengurusan Emosi….
Nisak_team86: sedih sungguh! Masa nak bentuk kumpulan tu…takde siapa pun nak join group kami! Entahlah , pelik sangat kami ni kot?
3. Alamak….kenapa pukul dah pukul 12….????
Yang ni satu lagi pengalaman yang nisak alami sem lepas…Pertama kali dalam hidup nisak jadi macam ni… Nak dijadikan cerita….hari isnin pukul 11 tengah hari, nisak ada kelas tutorial Bahasa Arab dalam pendidikan kat GM dengan Ustaz Harun…..Kebetulannya pada malam tu.nisak memang tak boleh tidur! Tak tahulah kenapa..mata nisak ni degil. Nisak suruh pejam..dia tak nak! Hampir nak masuk subuh baru nisak boleh tidur. Tapi sebelum tu nisak iron dulu baju untuk dipakai kelas esok! Takut tak sempat….Lepas subuh barulah nisak boleh tidur lena..zzzzzzzzz…..
Pukul 8 pagi nisak terjaga…ingatkan dah lambat! Terus jea nisak pergi mandi…Lepas tu mamang nisak rasa mengantuk sangat! Tka boleh nak tahan..so nisak ambik keputusan untuk tidur sekajap! Bajet masa pukul 10 pagi, nisak bangunlah pulak….Tapi, ya ALLAH…terlajak hingga ke pukul 12 tengah hari….masyaallah….masa tu nisak tak tahu nak cakap apa! Nak dikatakan yang jadi kebetulan keduanya ialah..hari tu giliran nisak kena present hiwar bahasa arab dengan kawan nisak! Memang betul-betul kebetulan…..Rasa berdebar..usah cakaplah! Kelam kabut nisak masa tu..Handphone! Nisak jenguk handphone nisak….terbeliak mata nisak tengok berpuluh-puluh mesej dan panggilan masuk….!!! Huhuhu…memang tak sedar betul masa tu… , padahal handphone tu nisak letak kat tepi bantal nisak jea….Macam mana boleh tak dengar ni? Sound trouble kot…????!!!!!!!! Lepas tu nisak telefon kawan nisak tu…huhuhuuu..nak tahu dia cakap ap? Dia cakap, ustaz Harun kirim salam kat nisak…..waaaaaa…mesti ustaz marah nisak ni….Nisak pun mesej ustaz Harun….mintak maaf dan bagitahu perkara yang sebenarnya….ustaz cakap dia tak marah pun..lagi pun ustaz cakap, dia tahu yang nisak ni selalu datang awal..dok tunggu kat luar pintu nak masuk kelas…..sesekali terbabas..nak buat macam mana kan..???? Heheheheeee…selamat!
Nisak_team86: terima kasih banyak-banyak kepada semua kawan-kawan nisak yag back up nisak masa nisak datang lambat hari tu…nisak terharu sangat!
4. Budak first year…sila drop kursus ni….!!!!!!!
Ni cerita masa nisak tahun 1 semester 2……Sesekali nisak takkan lupa ayat ni! Menyentak hati dan jantung! Bagi budak FPI mesti kenal dengan seorang ustaz yang ajar subjek STI….kalau budak FPEND, kenallah masa ambik kursus ni sem 2 tahun 2……
Nak dijadikan cerita…nisak dan kawan-kawan nisak saja suka-suka tarik kursus ni masa sem 2 tahun 1. Ingatkan boleh..rupa-rupanya…..
Masa tunggu nak masuk kelas tu,nisak dan kawan-kawan nisak dah rasa bimbang…kot-kot tak boleh tarik! Yalah…kami mana tahu…Tapi masa tu, nisak dan kawan nisak fikir satu jea “think positive…!!!!” Masuk kelas! Fuh…meng skema dan penuh berdisiplin cara ustaz conduct kuliah. First introduction….ok lagi. Lepas tu tiba-tiba jea ustaz cakap…budak FPEND first year, sila drop kursus ni…n saya harap ini adalah our last perjumpaan kita dalam kelas ni! Masa tu..semua budak-budak dalam kelas tu saling jelling-menjeling..nak skodenng siapa budak first yang ustaz maksudkan! Masa tu hanya ALLAH sahaja yang mengerti hati dan perasaan nisak! Takut, berdebar semau ada! Kot-kot ustaz sebut nama….Lepas tu nak tahu apa yang niska buat? Nisak cepat-cepat buang tali yang nisak gantung kat tengkuk nisak! Takut orang tahu..yalah, sebab hanya budak first year jea yang pakai macam tu….masa tu, dah takde “think positive”! Tapi nisak dan kawan-kawan nisak sibuk berdoa…cepat-cepatlah kelas ni habis….tak sanggup rasanya nak duduk lebih lama dalam bilik kuliah tu…….Terseksa jiwa…..
Nisak_team86: beringat sebelum kena! Lu fikirlah sendiri...nisak?Hmmm…dah puas fikir dan cukuplah terkena sekali…!!!!! No more at once…!!!!!
Masa nisak kat sekolah dulu..selalu saja nisak bayangkan macam manalah hidup di university..Hmmmm..sekarang baru nisak tahu…..”macam ni” rupanya gaya hidup di university! Erkk.. “macam ni” tu macam mana ya….??? Macam mana ya….ermm..kan masing-masing ada pendapat dan pandangan yang tersendiri….jadi imaginekan ikut your point of view….hmmm..alahai……
nisak_team86: biarkan kenangan itu terus subur mewangi di taman hati kita....
Posted by Haslinda bt Ramlee at 10:14 PM 2 comments
Posted by Haslinda bt Ramlee at 9:50 AM 0 comments
Posted by Haslinda bt Ramlee at 6:39 AM 0 comments
Posted by Haslinda bt Ramlee at 11:50 AM 1 comments
Posted by Haslinda bt Ramlee at 10:20 AM 0 comments
Glitterfy.com - Glitter Graphics
Semalam saya ada membaca nukilan dalam blog sahabat saya. Bait-bait ayatnya begitu menyentuh perasaan saya. Tautan kata-kata yang terlakar itu lantas menyedarkan saya tentang sesuatu.
Kasih sahabat.....
Dulu saya pernah kata pada seorang sahabat saya...
"Saya nak cari sahabat...
sebab rasa dekat macam kerabat...
saya tak nak cari kawan...
sebab mungkin kita akan berlawan (bergaduh...)"
Masih segar lagi dalam ingatan saya akan bait-bait ucapan yang saya lontarkan buat sahabat saya itu....
Saya sayangkan dia sebab bagi saya dialah kawan terbaik yang pernah saya ada....
Namun...
Entah kenapa tidak terluah...
Bagi saya.....
Dialah sahabat yang....
"Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu"
Namun...
Entah kenapa...
"Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia"
Mungkin kerana kami berkawan baik....
Jadi saya merasakan...
Tak perlulah saya luahkan.....
"Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata"
Sekarang saya sedar...
Memang betul.....
"Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan"
Namun..
saya tidak sempat mendapat peluang seperti itu...
Akhirnya....
Dia pergi meninggalkan saya dengan seribu kenangan manis yang pahit untuk dikenang...
Tak pernah sekalipun saya cakap yang saya sayangkan dia......
Dia pun macam tu....
Tapi hubungan kami memang baik......
Dan persahabatan kami terus segar dan mekar berkembang...
Hinggalah satu saat......
Sayup-sayup kedengaran di telinga saya..
yang....
"Dia dah takde....."
Masa tu..
Betapa menyesalnya saya kerana tidak pernah cakap...
yang saya sayangkan dia....
Dan sampai sekarang....
Saya masih lagi tertanya-tanya..
Adakah dia tahu yang saya sayangkan dia......?????
Posted by Haslinda bt Ramlee at 3:37 PM 0 comments
Bila dah lasat year...???
Kadang-kadang terfikir juga, macam manalah rasanya bila jadi student last year? Dah nak habis belajarlah katakana. Mana tidaknya, sebelum ini kita bermati-matian pergi kuliah, buat asaimen, buat tugasan dan pergi kelas tuto...tup-tup tanpa disedari...dah masuk tahun ke-3 atau ke-4....Betapa cepat masa yang berlalu tanpa kita sedar.....
Pasti berkkobar-kobar semangat kita tika itu. Bagi yang dah jumpa "Prince Charming@Princess Charmiah"..hmmm..faham-faham sendiri sajalah, kan? Pasti sibuk dengan pelbagai persiapan...(bagi sesetengah orang la yang dah planning awal-awal lah).
Tak kurang juga yang dah pasang impian tinggi melangit. Lepas habis belajar, hendak kerja, balas jasa mak ayah, adik-adik dan keluarga! Memang itupun impian dan harapan seorang insan yang bergelar anak-anak!
Tapi, berapa keratlah yang berjaya buat macam tu? Masa bercakap, manis bibir daripada gula, lembut gigi daripada lidah...Tapi sebenarnya..kosong! Bila dah dapat kerja, mak ayah dan keluarga langsung dia lupa. Realiti memang begitu....(Nauzubillah..moga-moga diri jauh dari sikap macam tu..amin!)
"Nanti bila orang dah dapat kerja, mak dengan ayah tak payah kerja lagi, biar orang yang jaga..."
Hmm..ayat tu memang dah famous di kalangan kita...Sampai tersenyum dalam tidur ibubapa kita apabila anak-anak mereka mengungkapkan kata-kata seperti itu. Betapa bangganya mereka kerana mempunyai anak-anak yang dapat dijadikan dahan untuk berpaut dan daun untuk berteduh takkala mereka mula dimamah usia....Namun janji hanya tinggal janji....
Rasa terkilan cuba disembunyi.....
"Orang sibuk sekarang ni mak..!!! Banyak kerja sangat......."." Takpe...mak faham...."Naluri ibubapa..mereka sebenarnya hanya inginkan perhatian dan kasih sayang dari anak-anak! Bukannya wang ringgit semata!
Oleh itu...
Bila dah last year....rancanglah perjalanan hidup kita dengan sebaiknya! Jangan hanya pandai menabur janji..kelak ada yang terasa hati...
SELAMAT MENGAJAR DAN BERBAKTI.......
Posted by Haslinda bt Ramlee at 6:44 AM 0 comments
patut ke macam ni..???
Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman…
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul…
kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih.kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh…
kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati…!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu…
kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la….
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!
kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu….
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:…patut pun kena reject…
kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…
kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato’ mana bela nih….
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih…..
kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri…
kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh….
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu….
kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worryi will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2…
kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu…
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????
kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe…
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: kau ni takde keja lain ke… sibuk ni tau..
Hmmm...islam sebenarnya tak macam tu!
Itu adalah bagi sesetangah manusia yang takbur dengan nikmat yang telah dikurniakan kepada mereka. Entah-entah mereka yang anggap macam tu..bukannya hansem@cantik sangat pun..!!! Suam-suam kuku jea hensem@cantiknya!
Wanita yang cantik tak semestinya mereka itu perfect! Sama juga dengan mereka yang tidak dikurniakan kecantikan paras rupa...Sama juga macam lelaki! Ada apa dengan hensem...???
Tapi ada yang cakap,
kalau pandang yang hensem dan cantik..makan nasi lauk ikan kering pun rasa macam makan ayam goreng...
Macam mana nak jawab tu ya.....???
Kenal tak dengan Cleopatra..???? Seorang pemerintah dinasti Macedonia Greek yang memegang tampuk pemerintahan Mesir semasa berusia 17 tahun! Hebat...Tapi benarkah dia cantik...??? Dalam buku novel yang ditulis oleh Habibirrahman el-Shirazy yang bertajuk: Pudarnya Pesona Cleopatra...mengisahkan bahawa watak utama ( suami Raihanna ) telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap isterinya itu ( Raihanna ) kerana kecewa yang isterinya itu tidak secantik gadis-gadis Mesir titisan Cleopatra....Sampai begitu penangan "cantik" pada pandangan suami Raihanna itu...Namun dia akui bahawa Raihanna itu memang wanita dan isteri yang sempurna...cuma kurang cantiknya...!!!!
Kalau ditengok padapatung Cleopatra yang diukir dan disimpan di sebuah muzium di Britain..Cleopatra taklah cantik sangat pun...,tubuhnya sederhana tinggi dan badannya tembam!
Tapi apa yang hebatnya Cleopatra hinggakan dua orang pahlawan yang gagah perkasa pada masa itu iaitu Julius Ceaser dan Mark Anthony rebah@tersungkur di kaki wanita ini? Apa hebatnya dia....???
Inilah kehebatnya perasaan yang ALLAH berikan kepada kita...mata yang melihat tidak sama dengan hati yang mentafsir! Betul kan...???? Setiap manusia dikurniakan akal yang mempunyai pandangan dan pemikiran yang tersendiri.....
Kisah suami Raihanna, Julius Ceaser dan Mark Anthony memberikan gambaran dan persepsi yang berbeza tentang "makna kecantikan" itu sendiri...
Arghh...susahnya......
Tapi apa pun..
ingatlah..
kecantikan semulajadi bukan terletak pada paras rupa..
tapi terletak pada akhlak budi bahasanya.....
Bak kata orang..:
"Huhh..cantik pun tak guna kalau perangai macam hantu raya....!!!!!"
Hmmm.....betul jugak kan...????
.....fikir-fikirkan dan selamat beramal...kata Prof. Dr. Izi...>
Posted by Haslinda bt Ramlee at 7:16 PM 0 comments
Salam perjuangan buat sahabat semua;
Rasanya sudah hampir sebulan kita semua memulakan semula pengajian kita di bumi UKM ini bagi semester 2 2008/2009. Ahh..terasa begitu cepat masa berlalu. Kalau dulu, semasa berada di tahun 1, kita seringkali menghitung dan mencongak sendiri,bilalah nak jadi "senior"! Yalah, masa tahun 1 dulu, kita main ikut jea apa yang senior suruh buat! Maklumlah, takut nak membantah! Nanti kena tulah...huhuhuhu..Saipa jugak yang susah? Kita juga bukan....???? Bagaimana perasaan sahabat sekarang selepas berjaya melepasi halangan pada tahun 1? Fuhhh...!! Mesti hepi bangat sih...!!!! Yalah, sekarang kan dah pegang title "senior"lah katakan...walaupun perangai tu ada jugak yang tak berubah-ubah! Sekali tengok macam budak tahun 1! Mana tidaknya, bas zon 2 dengan bas zon 3 pun boleh tertukar...ada ke patut nak pergi kolej Za'ba naik bas no. 3...????Huhuhuhhu..agak-agaknya siapa tu...( bukan saya ya..
Letihlah..!!!!! Susah giler...!!! ( Memang dahsyat ayat tu...!!) Tapi itulah yang keluar dari mulut kawan-kawan kita yang lain tentang kursus pengajian kita pada semester ini. Susah ke? Hmm...memang susah pun...pening kepala nak fikir..( sampai demam jadinya..>sayalah tu...hik3 ). Subjek x susah manapun, cuma tugasan yang perlu dibuat, itu yang susahnya. Memang susah yang amat...!!!! Kadang-kadang boleh tertukar. Yalah masa meeting kumpulan Kurikulum dan Penilaian Dalam Pendidikan Islam, boleh pulak terbincang pasal subjek Tasawwur Dalam Pendidikan Islam....apa nak jadilah.....Boleh dikatakan semua budak batch kita cakap macam tu..ayat lebih kuarng sama...main copy paste kot? Memang betul-betul menguji ketahanan fizikal dan mental belajar pada semester ni..... Sabar jealah Belalang......
Kena semangat...!!!!
Tapi walau susah macam mana pun, kita kena SEMANGAT....!!!!! Takkan dah nak surrender dengan cabaran ayng tak seberapa tu...?? Ini baru cabaran di alam pembelajaran, tak masuk lagi alam realiti punya...time mengajar kat sekolah! Lagi banyak tugasan yang kita kena buat! OK...jadi kesimpulannya...jangan cepat mengalah dan mudah mengeluh dengan setiap kesukaran yang kita hadapi sepanjang liku-liku perjalanan kita dalam menuntut ilmu... stay cool and slumber.....
Doakan kesembuhan....
Hmmm...rasa terkilan dan sedih memang tidak dapat disembunyikan oleh kebanyakan budak-budak PI khasnya dan semua warga FPEND amnya, untuk semester ni. Rasanya satu UKM dah tahu pasal salah seorang sahabat kita yang juga calon GM untuk PRK telah ditimpa kemalangan..Hmm..memang betullah kata Ustaz Ezad, kemalangan tak berbau....( salah peribahasa sebenarnya tu..). Yalah, siapa yang tak kenal dengan Faiz Ismail? The top student at Faculty of Education...!!! Hmmm....kalaulah ada yang tak tahu siapa itu Faiz, confirm, bukan budak FPEND....!!!!! Mungkin budak yang tersesat masuk ke fakulti kot? Siapa sangka yang perkara itu akan berlaku kan? Tapi kita sebagai sahabatnya, hanya dapat mendoakan supaya Faiz cepat sembuh dan kembali semula ke fakulti untuk menjalankan tugas anda sebagai "YB" kami.......OK? Dapat buat laluan susur gajah kat FPEND pun jadilah......dan kepada Faiz...percayalah bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya...( tapi orang ada cakap, cakap memang senang, tapi yang menanggungnya yang parah....). Semoga anda suksess selalu....
Akhir kalam.......
"moga yang terbaik menjadi milik kita semua..."
-AMIN-
"sebaik-baik kejayaan adalah usaha yang berterusan"
Posted by Haslinda bt Ramlee at 5:51 AM 3 comments
CHE MARIANI BT. MOHD TAJUDIN ( YANIE )
dengan pasangannya
MOHD JAREH B. GHAZALI
yang melangsungkan perkahwinan mereka pada
26 JANUARI 2009/ ISNIN
"saya doakan semoga Yanie berbahagia hingga ke akhir hayat"
Posted by Haslinda bt Ramlee at 3:51 AM 0 comments
Posted by Haslinda bt Ramlee at 2:14 AM 1 comments
Posted by Haslinda bt Ramlee at 2:01 AM 1 comments
Posted by Haslinda bt Ramlee at 1:56 AM 0 comments
assalamualaikum....
huhuhuhuu...
sedih sungguh di hatiey ini...
yalah, orang lain semua dapat balik kampung...
tapi saya terpaksa pulak berkampung kat UKM ni sorang-sorang...
waaaaaaaaa....
takde siapa yang teman...
huhhuhuhuu...
tulah sape yang suruh beli tiket lambat sangat?
padan muka...!!!
(mengata kat diri sendiri takpe..x berdosa..hehehehehee..)
"dalam dingin subuh..
hatiku terusik kerna nasib diri dirantauan...."
eh..eh..
silap pulak..
lagu tu time raya jea orang nyanyi...huhuhuhuhuuu...
tapi apa pun...
diucapkan selamat bergembira kepada kawan-kawan semua yang "berjaya" balik ke kampung...
dan pesanan saya....
dalam begembira kat kampung tu..
ingat-ingatlah orang tak dapat balik kampung...
(macam saya nie...)
salam ukhwah,
nisak_team86@haslinda
"sebaik-baik kejayaan adalah usaha yang berterusan.."
Posted by Haslinda bt Ramlee at 8:59 PM 1 comments
Posted by Haslinda bt Ramlee at 8:15 PM 2 comments
Create a playlist at MixPod.com