CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
KOMUNITI
PENDIDIKAN ISLAM
2007/2008
FAKULTI PENDIDIKAN
PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM
UKM
Photobucket

I made this widget at MyFlashFetish.com.

THE MOST POPULAR OF NISAK


Thursday, January 29, 2009

U jump I jump..!!!! EH, BOLEH KE MACAM TU?


“You jump, I jump…” Ni lah ayat yang paling famous dalam cerita Titanic! Memang syahdu betul ayat tu…@ bolehlah diistilahkan sebagai “taklid buta” atau pun ikut membuta tuli! Sebenarnya tak boleh macam tu..kita kena bersikap sebagai seorag muttabi’ iaitu seseorang yang mengikut sesuatu berdasarkan atau bersandarkan dalil yang sahih, nyata, terang dan jelas daripada al-Quran dan Hadis s.a.w….
Eh…kenapa pulak dengan ayat you jump I jumpa, lepas tu link pulak dengan al-Quran dan Hadis ni…?? Keluar pulak muqallid dan muttabi’…Confious..confious…!!!!
Bak kata pepatah..ada orang di sebalik pintu, sebenarnya nisak nak bagitahu satu cerita.
Ada lah seorang kawan nisak tanya…macam mana nisak belajar? Dia nak tahu jugak, kot-kot boleh ikut! Lucu pun ada, yalah..macam mana pulak dia boleh tanya nisak! Nisak ni..biasa-biasa jea dalam bab-bab belajar ni…Hmm..confious pulak nisak nak jawab bila dia Tanya macam tu….Nisak senyum jea..kawan nisak naik hairan..orang suruh jawab soalan, bukan buat senyuman iklan ubat gigi mukmin!
Sebenarnya nisak senyum sebab nisak sendiri pun tak tahu nak cakap apa! Nisak bukannya pakai “secret petua” pun semasa study! Biasa-biasa jea, macam orang lain jugak! Kita serupa..tak ada beza!
Kadang-kadang belajar last minute pun ada jugak…..! Yalah, malas punya pasal…orang lain lepak kat PTSL…nisak ni sedap-sedap lepak kat kayangan..!!! Tidur punya pasal…
End of story, nisak cakap kat kawan…..mana boleh main “you jump, I jump….”. Setiap orang ada cara masing-masing dan pendirian masing-masing. Sebab nisak tahu, cara nisak dengan kawan nisak itu berbeza dan nisak confirm kerat jari yang kawan nisak tu tak boleh ikut cara nisak! Kalau ikut, dia jugak yang merana…
Hmmm..cara nisak..???? Macam mana ya…?!!! Senang cakap…belajar ikut suka…Maksudnya? Nisak fleksiblekan time table yang nisak buat. Taklah rigid sangat! Rilek santai jea…jangan men”stress”kan minda anda….kalau rasa tak boleh nak follow..tukar cara lain! And bagi nisak the most important thing is…persekitaran kena sesuai dan serasi dengan jiwa….jangan ikut orang! Ada sesetangah orang tak boleh belajar kat tempat awam..macam kat PTSL, so kalau macam tu, belajarlah kat bilik…jangan ikut orang atau takut kawan-kawan mengata “Kau ni pemalaslah…sekali pun tak study kat PTSL…”, maka dalam keadaan rela paksa, dia pun pergi study kat PTSL…tapi sebenarnya satu pun tak masuk sebab persekitaran kat PTSL tu tak sesuai dengan jiwanya. Kalau macam tu, siapa yang rugi..???? Diri sendiri jugak kan?.Sepatutnya, abaikan jea kata-kata tu….Lagi sedap kalau kita dapat balas “Takpe, you jump, I stay kat sini jea….” Mahu seumur hidup kawan kita tak sebut pun perkataan “PTSL” kat depan kita!



Di sini nisak bagi tip-tip pelajar cemerlang daripada dr. Fadzilah Kamsah:
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-kita ingat 10 % apayang dibaca
-kita ingat 20% apa yang didengar
-kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
-pastikan cahaya adalah terang
-kurangkan gangguan bunyi
-tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-kerusi dan meja menghadap kiblat
-jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
-memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-mengingat kembali (recall)
-menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
-persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.

-Pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
-untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.


Memang mantap petua yang Dr. Fadzilah bagi ni….
Selamat mencuba……..

nisak_team86: kadang-kadang nisak pergi lepak kat PTSL sebab nak tengok TV jea kat tingkat 4 bahagian kaunter tu.....sronok tau..trylah cuba kat UKM!

0 comments: