CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
KOMUNITI
PENDIDIKAN ISLAM
2007/2008
FAKULTI PENDIDIKAN
PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM
UKM
Photobucket

I made this widget at MyFlashFetish.com.

THE MOST POPULAR OF NISAK


Wednesday, January 28, 2009

"diLEMA HAti...




MELUKAI + DILUKAI + TERLUKA = ?????????
Hati. Destinasi paling sensitif bagi seseorang manusia. Hati juga tempat mengekspresikan perasan seorang hamba yang dijadikan oleh ALLAH s.w.t. Rasulallah s.a.w ada bersabda dalam hadis baginda s.a.w yang membawa maksud bahawa di dalam diri manusia itu ada seketul darah, jika baik seketul darah itu, maka baiklah seluruh jasadnya dan jika buruk seketul darah itu, maka buruklah seuruh jasadnya (manusia) dan ketahuilah bahawa “seketul darah” itu adalah “hati”
Ah…sukarnya untuk mengintepretasikan sekeping hati. Hatilah punca manusia itu bagaikan diambang bahagia dan hati jugalah punca manusia itu dillambung gelora jiwa….
Hidup manusia memang tidak sunyi daripada melakukan kesilapan dan kesalahan hingga tanpa disedari ada insan yang terguris hatinya….Hati, daerah “sensitive” yang pantang tersentuh…pasti ada rasa yang membahang di situ. Itulah hati…!!!!!!

“ME”LUKAI
Hidup ini tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Kehidupan manusia ini diibaratkan sebagai “insane yang sedang belajar”. Belajar untuk mengenali sesuatu di sekeliling mereka. Sekali tersilap….takkan tiada kemaafan di penghujungnya? Walaupun di dalam hati ini tidak pernah pun berdetik walau sesaat untuk menyentak mana-mana perasaan, namun kadang-kala kita sebagai manusia, terbabas dalam “laluan perasaan” adalah perkara biasa..Walaupun kita telah melakukan dengan sebaiknya, mana tahu tanpa sedar ia telah melukai sekeping hati…
Kadang-kala tanpa sedar. Kita telah melukai hati seseorang yang mungkin rapat dengan kita seperti ahli keluarga, sahabat atau orang lain yang ada kaitan dengan kita. Mungkin bagi kita, apa yang kita lakukan itu “apalah sangat”…tapi sebenarnya ia telah menyebabkan ada insan yang memendam rasa dan duka. Kadang-kala rasa amarah yang gagal untuk kita kawal telah menyebabkan kita telah “melepaskan” habuan kepada orang lain. Akhirnya rasa “terasa hati” dipendam dan ianya ibarat bom masa yang hanya menunggu masa sahaja untuk meletup!

“DI”LUKAI
Pernahkah diri dihambat rasa sedih, terkilan, kecewa, merana selama kehidupan kita ini? Pastinya begitu sukar untuk dilupakan saat apabila hati dan perasaan kita telah dilukai. Ibarat sembilu yang tajam menikam dengupan jantung kita, sehingga meyebabkan kita hampir-hampir kehilangan ruang untuk bernafas! Ah..begitulah sakitnya perasaan takkala hati nan suci ini dilukai. Siapa yang inginkan kekecewaan? Siapa yang mahukan kesedihan? Siapa yang sanggup menelan onak duri dalam ranjau perjalanan mereka ? Namun itulah rencah kehidupan…Hidup manusia sebenarnya sentiasa bertukar rentak dan warna. Bermacam perisa dan perasa. Kadang-kala diri dihambat gembira dan kadang-kala bersalut duka! Tapi, apa yag penting, walaupun diri sesekali dilukai, janganlah cepat berputus asa…Takkala diri diambang duka…janga anggap bahagia bahagia takkan menjengah tiba….Walaupun hujan turun disaat kita anggap kita menganggap petang kan tetap bersinar, tapi manalah tahu matahari masih sudi menjengukkan diri walaupun pada hari yang berikutnya…Kemungkinannya tetap ada.Hmmmm, siapa tahu kan….???

“TER”LUKA
Hidup manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan hatta sebesar biji zarah pun. Kalau tidak manakan mungkin Allah s.w.t. menyatakan bahawa setiapa manusia akan dihitung buruk baik perbuatan dan amalan mereka walaupun sebesar biji zarah..Tiada siapa yang ingin melukai, kerana halusnya perasaan itu hinggalah kita tidak mahu ia tercuit sedikitpun! Juga tiada sesiapa yang ingin dilukai kerana duka jeritan batin hanya kita sahaja yang mengerti. Tapi, mungkin tanpa disedari…..rasa terluka tetap ada! Biasalah…manusia mana ada perfectnya!
nisak_team86: harap-harap tiada insan yang terasa hati dengan nisak......

0 comments: