CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
KOMUNITI
PENDIDIKAN ISLAM
2007/2008
FAKULTI PENDIDIKAN
PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM
UKM
Photobucket

I made this widget at MyFlashFetish.com.

THE MOST POPULAR OF NISAK


Thursday, January 29, 2009

cELoteH niSAk: kaLAu diiNGat kEMbaLI...

Hidup manusia memang tidak akan dapat lari dari kenangan dan pengalaman…yang manis, masam, masin, pahit…semua ada!
Hmm..sem lepas (semester 1 tahun 2 ), banyak jugak peristiwa yang nisak alami…Kalaulah diingat kembali………


1. Jadi setinggan…..
Huhh..bab ni memang sedih untuk dikenang…Yalah jadi setinggan, mana tak sedihnyer…??? Itulah orang cakap, takde masalah, dicari masalah. Alih-alih nisak jugak yang tanggung sendiri. Hmmm…alahai…Kalau ditambah tolak bahagi dan darab…nisak memang boleh sangatlah stay kat kolej Kajai tu…sebab nisak ni aktif jugak kat Kajai…Macam-macam nisak join macam Alumni Kajai, PBSM dan sebagainya…Tapi kenapa nisak kena tending jugak ya….??? TImbul persoalan di situ sebenarnya…Hehhee….yang sebenar-benarnya ialah..nisak tak pergi hantar boring pengesahan tinggal kat kolej kat pejabat JAKSA…waaaa…sebab tu kena reject! Kalau kena reject kat Za’ba terus ok jugak, tapi bila nisak check kat UPP…nak tahu dia tulis apa……ayat formal tu nisak tak ingatlah tapi bunyi ayat dalam computer tu lebih kurang macam ni…”anda tidak disahkan untuk penginapan di mana-mana kolej di UKM….!! Mak ooiii…rasa nak pengsan pun ada jugak bila nisak baca statement ayat yang bisa lagi power tu…..Dalam hati nisak fikir..apa nak buat ya? Lepas ni nak duduk kat kolej mana..??? Huhuhuhuuu….sedih oiii….
Tiba-tiba …zzaapppp..IDEA..!!! Nisak cakap kat kawan nisak yang nisak nak tumpang bilik dia masa bukak semester depan..Kawan nisak ok jea…..dia tak kisah! Kalau tak…nisak nak merajuk balik rumah mak..!!! Makk..i miss u..!! Maaf tak dapat balik…tiket dah habis! Hmmm…dah settle satu masalah…lalalalaaaa…hepi betul!
Nisak_team86: terima kasih banyak-banyak nisak ucapkan kepada Muna dan Haz kerana memberi nisak tempat berteduh semasa nisak takde tampat nak tuju……….SAYANG FOREVER….!!!!!

2. Bubar pakatan..?????
Yang ni peristiwa paling best sekali yang nisak pernah alami…Gempak betul..!!! Al-kisahnya macam ni…nisak dengan dua orang best friend nisak ( Muna dan Haz )..kami ni rancang nak daftar kursus...U2 rasanya..Pengurusan Emosi…mantap tu…memang wajarlah kot kami ambik Pengurusan Emosi sebab memang msa tu emosi nisak tak stabil….keliru nak pilih U2@U3@PB....Kami pergi masuk kelas tu….bersemangat ni…First kuliah ok lagi…tapi bila masuk jea second kuliah…Alamak..tak faham la..dahlah nota dalam bahasa Inggeris…..hmm..nisak pulak BI dapat A terbalik…Hehehehee…Alih-alih dalam kelas tu kami saling jelling-menjeling..nisak pandang muna, muna pulak pandang haz..haz pulak pandang…tak tahu pulak dia pandang siapa! Huhuhuhuuuu……
Dalam hati nisak dah niat, habis jea kelas ni..nisak nak pergi drop kursus ni…dan yang nisak tak sangka..kami berjemaah pasang niat yang sama. Drop Pengurusan Emosi…sebab nisak rasa, sejak nisak ambik kursus ni..emosi nisak jadi semakin tak stabil pulak….something problem inside kot!
Tapi walaupun pasang niat nak drop, kami tak drop lagi…Masa nak naik bas balik kelas..nisak terserempak dengan kawan nisak, Anuar ( budak program Pendidikan al-Quran ). Sembang punya sembang, nisak pun cakap yang nisak and friend baru jea balik dari kelas pengurusan Emosi….nak tahu apa yang jadi lepas tu..?? Hmmm…Anuar pun ambik jugak kelas tu, tapi dia tak datang kelas sebab ingatkan takde……dan tiba-tiba jea nisak jadi semangat nak go on kelas Pengurusan Emosi…aura Anuar kot? Lepas tu, nisak dan kawan nisak dengan Anuar sekali buat pakatan…stay kelas Pengurusan Emosi tu…
Tiba hari kelas tu…kami pergi! Masa dalam kelas, nisak tengok kat Anuar, dia pun Nampak semacam jea bila dengar lecture dari lecturer tu…berkerut-kerut dahi dia! Entah sedang fikir apalah agaknya! Kemudian lecturer bagi borang suruh buat kumpulan untuk tugasan asaimen dan hantar boring group ke depan……dan nak tahu apa yang kami buat? Nisak bangun….tapi nisak bukan pergi depan serah boring kumpulan..tapi sebenarnya nisak keluar dari bilik kuliah tu…senyap-senyap macam tikus mondok pun ada jugak! Lepas tu kawan-kawan nisak iaitu Muna dan Haz turut keluar ikut turn, termasuk anuar sekali…Keluar jea dari bilik kuliah, bagai nak pecah perut kami semua ketawa! First time buat perangai macam tu….Kalau mak nisak tahu…nahaslah jawabnya!
Dan akhirnya pakatan kami dibubarkan….drop Pengurusan Emosi….
Nisak_team86: sedih sungguh! Masa nak bentuk kumpulan tu…takde siapa pun nak join group kami! Entahlah , pelik sangat kami ni kot?

3. Alamak….kenapa pukul dah pukul 12….????
Yang ni satu lagi pengalaman yang nisak alami sem lepas…Pertama kali dalam hidup nisak jadi macam ni… Nak dijadikan cerita….hari isnin pukul 11 tengah hari, nisak ada kelas tutorial Bahasa Arab dalam pendidikan kat GM dengan Ustaz Harun…..Kebetulannya pada malam tu.nisak memang tak boleh tidur! Tak tahulah kenapa..mata nisak ni degil. Nisak suruh pejam..dia tak nak! Hampir nak masuk subuh baru nisak boleh tidur. Tapi sebelum tu nisak iron dulu baju untuk dipakai kelas esok! Takut tak sempat….Lepas subuh barulah nisak boleh tidur lena..zzzzzzzzz…..
Pukul 8 pagi nisak terjaga…ingatkan dah lambat! Terus jea nisak pergi mandi…Lepas tu mamang nisak rasa mengantuk sangat! Tka boleh nak tahan..so nisak ambik keputusan untuk tidur sekajap! Bajet masa pukul 10 pagi, nisak bangunlah pulak….Tapi, ya ALLAH…terlajak hingga ke pukul 12 tengah hari….masyaallah….masa tu nisak tak tahu nak cakap apa! Nak dikatakan yang jadi kebetulan keduanya ialah..hari tu giliran nisak kena present hiwar bahasa arab dengan kawan nisak! Memang betul-betul kebetulan…..Rasa berdebar..usah cakaplah! Kelam kabut nisak masa tu..Handphone! Nisak jenguk handphone nisak….terbeliak mata nisak tengok berpuluh-puluh mesej dan panggilan masuk….!!! Huhuhu…memang tak sedar betul masa tu… , padahal handphone tu nisak letak kat tepi bantal nisak jea….Macam mana boleh tak dengar ni? Sound trouble kot…????!!!!!!!! Lepas tu nisak telefon kawan nisak tu…huhuhuuu..nak tahu dia cakap ap? Dia cakap, ustaz Harun kirim salam kat nisak…..waaaaaa…mesti ustaz marah nisak ni….Nisak pun mesej ustaz Harun….mintak maaf dan bagitahu perkara yang sebenarnya….ustaz cakap dia tak marah pun..lagi pun ustaz cakap, dia tahu yang nisak ni selalu datang awal..dok tunggu kat luar pintu nak masuk kelas…..sesekali terbabas..nak buat macam mana kan..???? Heheheheeee…selamat!
Nisak_team86: terima kasih banyak-banyak kepada semua kawan-kawan nisak yag back up nisak masa nisak datang lambat hari tu…nisak terharu sangat!

4. Budak first year…sila drop kursus ni….!!!!!!!
Ni cerita masa nisak tahun 1 semester 2……Sesekali nisak takkan lupa ayat ni! Menyentak hati dan jantung! Bagi budak FPI mesti kenal dengan seorang ustaz yang ajar subjek STI….kalau budak FPEND, kenallah masa ambik kursus ni sem 2 tahun 2……
Nak dijadikan cerita…nisak dan kawan-kawan nisak saja suka-suka tarik kursus ni masa sem 2 tahun 1. Ingatkan boleh..rupa-rupanya…..
Masa tunggu nak masuk kelas tu,nisak dan kawan-kawan nisak dah rasa bimbang…kot-kot tak boleh tarik! Yalah…kami mana tahu…Tapi masa tu, nisak dan kawan nisak fikir satu jea “think positive…!!!!” Masuk kelas! Fuh…meng skema dan penuh berdisiplin cara ustaz conduct kuliah. First introduction….ok lagi. Lepas tu tiba-tiba jea ustaz cakap…budak FPEND first year, sila drop kursus ni…n saya harap ini adalah our last perjumpaan kita dalam kelas ni! Masa tu..semua budak-budak dalam kelas tu saling jelling-menjeling..nak skodenng siapa budak first yang ustaz maksudkan! Masa tu hanya ALLAH sahaja yang mengerti hati dan perasaan nisak! Takut, berdebar semau ada! Kot-kot ustaz sebut nama….Lepas tu nak tahu apa yang niska buat? Nisak cepat-cepat buang tali yang nisak gantung kat tengkuk nisak! Takut orang tahu..yalah, sebab hanya budak first year jea yang pakai macam tu….masa tu, dah takde “think positive”! Tapi nisak dan kawan-kawan nisak sibuk berdoa…cepat-cepatlah kelas ni habis….tak sanggup rasanya nak duduk lebih lama dalam bilik kuliah tu…….Terseksa jiwa…..
Nisak_team86: beringat sebelum kena! Lu fikirlah sendiri...nisak?Hmmm…dah puas fikir dan cukuplah terkena sekali…!!!!! No more at once…!!!!!

Masa nisak kat sekolah dulu..selalu saja nisak bayangkan macam manalah hidup di university..Hmmmm..sekarang baru nisak tahu…..”macam ni” rupanya gaya hidup di university! Erkk.. “macam ni” tu macam mana ya….??? Macam mana ya….ermm..kan masing-masing ada pendapat dan pandangan yang tersendiri….jadi imaginekan ikut your point of view….hmmm..alahai……


nisak_team86: biarkan kenangan itu terus subur mewangi di taman hati kita....

2 comments:

Anonymous said...

salam...
hahahahaaaa..
luculah dengan cerita nisak nie..
boleh buat buku cerita...
anyway..
congrate ..
sbb nisak b'jaya karang cerita dgn gaya yg santai...
seronok baca...
hmm...
and 1 more thing...
nisak ni mmg ada bakat dlm bidang penulisan....
blog novel nisak..
fuh!
mantap...mcm kat ustaz zamri..
good luck tuk nisak...
nk tanyer..
kenapa "nisak"
sedap didengar panggilan tu...
hahahaaaa...

Haslinda bt Ramlee said...

salam...
terima kasih...
tp nisak ni taklah terror sgt pun...
dlm bidang penulisan..
sekadar suke2 jea...
hik3...
nisak?
huhuhuu..
ada crite di sebalik name gelaran tu....
nt insyaallah nisak cerita ok..??