CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
KOMUNITI
PENDIDIKAN ISLAM
2007/2008
FAKULTI PENDIDIKAN
PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM
UKM
Photobucket

I made this widget at MyFlashFetish.com.

THE MOST POPULAR OF NISAK


Monday, January 26, 2009

roLE MOdel seorang RASUL...

INSAN CEMERLANG UMAT TERBILANG: DARI PERSPEKTIF MODAL
INSAN HARAPAN...

Ibarat mentari yang amat kedekut memancarkan sinar cahayanya,
Manusia hidup dalam kegelapan dan kesesatan,
Terumbang-ambing dalam mencari panduan,
Dahan untuk berpaut takkala diri dalam kegoyahan…
Daun untuk berteduh bilamana diri diterpa bahang kekufuran...
Namun, siapa sangka,
Takkala padamnya api sembahan Majusi di Parsi...
Sedangkan si ibu bertaruh nyawa melahirkan satu jiwa
Amanat dari sang suami tercinta yang lebih dikasihi Tuhannya...
Ia merupakan suatu petanda
Akan lahir seorang insan yang berwibawa
Utusan Tuhan yang Maha Esa...
Membawa khabar dan berita tentang dosa dan pahala, syurga dan neraka
Tentang perihal dunia yang nyata dan akhirat yang fana..
Engkaulah, Muhammad bin Abdullah....
Bertakbir datuknya mengelilingi Kaabah yang mulia
Melaungkan“Yang Terpuji’’ itulah cucu yang telah lama dinantikannya....
Engkaulah modal insan...
Teras pembangunan umat yang terbilang...

Bertakbir seluruh alam ciptaan, berdendang malaikat bertasbih sujud kepada Tuhan. berdendam syaitan demi melunaskan janji yang terpendam di atas kelahiran seorang insan bernama Muhammad bin Abdullah. Alangkah mulianya Nabi Muhammad s.a.w....Sedar atau tidak, adakah kita betul-betul mengenali insan yang amat dirindui penghuni dilangit ini serta seorang yang amat diharapkan syafaatnya pada hari Kiamat kelak....?!!! Alangkah sedihnya, rata-rata remaja Islam pada hari ini begitu asyik membilang dan menghitung berapa kuntum jambangan mawar ros yang akan diterima dari buah hati pengarang jantung takkala tiba hari Valentine, tetapi tidak pernah menghitung sudah berapa keratkah sejarah Nabi s.a.w. yang masih lekat diingatan kita? Pernahkah kita cuba me’ricycle’kan kembali lembaran sejarah baginda s.a.w walaupun sehari dalam kehidupan kita? Pernahkah..?!!! Atau pun semuanya sudah di’empty’kan tanpa di’restore’ kembali walaupun sekadar terpaksa’tujuk alim’ konon-kononnya diri tahu sejarah Nabi s.a.w. takkala sibuk memperkatakan tentang Maulid baginda s.a.w. Adakah ada diantara kita yang memasukkan tarikh kelahiran baginda s.a.w. sebagai salah satu tarikh penting dalam diari hidup kita....?. Adakah ada insan seperti itu..??? Atau bila sahaja diberitahu esok akan disambut Maulid Rasul, diri hanya mengiakan sahaja tetapi dalam hati mencongak sendiri....menghitung-hitung nombor yang tidak pasti, bila tarikh lahir Nabi..?!!!.
Secebis bingkisan peribadi baginda s.a.w yang bernama Muhammad b. Abdullah yang telah diputerakan pada 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah bersamaan 20 April 517 di Kota Suci Makkah pada hening subuh pagi. Insan mulia ini, tidak sempat menatap wajah ayahanda tersayang Abdullah b. Abdul Mutalib, seorang peniaga termahsyur. Namun baginda hidup penuh kebahagiaan dalam dakapan sayang ibunda tercinta Aminah bte. Wahab, seorang suri rumah. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w adalah sebaik-baik insan ciptaan, sempurna tubuh badan hingga sukar untuk digambarkan keelokannya.. Berat badan baginda sesuai dengan ketinggian,sedangkan ketinggian baginda amat sesuai dengan berat badannya...ah, alangkah segaknya!!! Dengan kulit cerah berseri putih kemerahan. Baginda amat sukakan labu air bersama roti yang dimasak dengan daging serta sup dengan“favourite drink’’nya air susu dan air zam-zam. Harus diketahui bahawa baginda amat sukakan warna putih, suatu lambang kesucian yang amat tulus dan murni. Pakaian adalah akhlak diri, senantiasa baginda berjubah dan berserban bukan berpakaian serabai seperti mat-mat lepak di jalanan, dengan mengembala kambing dan berniaga sebagai kerjaya yang amat diminati bukan melepak di gedung pasaran konon-kononnya sebagai kembara alam.


Masa lapang baginda s.a.w. dihabiskan dengan membaca Al-Quran, bukan majalah Mangga dan Manggis yang berlambak di pasaran. Baginda s.a.w amat suka menunggang kuda dan bermain pedang, bukan merempit mengndang padah di jalanan. Ah…betapa bahagianya hidup baginda dikelilingi 11 orang isteri. Bersama Siti Khadijah mengharungi pahit getir perjuangan dan Siti Aisyah yang penuh gelak ketawa dan kemanjaan serta isteri lain yang dinikahi demi menegakkan syiar Islam dan sebagai penghormatan kepada kaum wanita dengan kehadiran 7 orang cahaya mata, sang puteri yang menjadi kecintaan serta sang putera yang didambakan kerinduaan kerana mereka lebih disayangi oleh Tuhan sekalian alam…
Inilah role model insan cemerlang, yang mana didikannya telah berjaya melahirkan ummah terbilang yang amat didambakan untuk pembangunan masa hadapan. umat Islam disarankan agar menjadikan Rasullullah sebagai idola dan model ke arah menjadi insan cemerlang. Budaya kekitaan dan persaudaraan perlu disegar-bugarkan kembali agar masalah masyarakat dapat ditangani secara kolektif dan efektif. Semangat perjuangan untuk menegakkan syiar agama perlu ada dalam setiap orang Islam agar martabat umat Islam tidak mudah diperlekeh oleh orang bukan Islam.
Mengangkat tema sambutan Maulidur Rasul 1429 iaitu “Insan Cemerlang Umat Terbilang” pada tahun 2008, wajarlah kita mengambil iktibar serta intipati yang berguna dengannya bertepatan dengan uasaha dan hasrat kerajaan untuk masyarakat minda kelas pertama berteraskan modal insan sebagai medium atau saluran utama untuk menjana diri ke arah melahirkan umat yang terbilang.
Menyoroti sepintas lalu ungkapan tema ini, perkataan insan amat sinonim dan sering kali dikaitkan dengan perkataan ummah. Hubungan antara kedu-duanya amat erat dan samada kita sedari atau tidak, rangkaian perkataan ummah sudah pun wujud pada zaman Rasulallah s.a.w lagi dan penggabungan perkataan insan dan ummah membawa suatu makna yang signifikan dan tersendiri.
Perkataan insan membawa pengertian manusia yang seringkali dihubungkan dengan sifat-sifat kabaikan mahupun kejahatan. Menurut perspektif Islam, insan didefinisikan sebagai makhluk Allah yang paling sempurna yang dikurniakan daya berfikir dan daya memahami untuk menyempurnakan tanggunngjawab selaku Khalifah diatas muka bumi dengan memakmurkannya mengikut amanah dari Pencipta. Kegagalan memahami hakikat insan ini boleh menyebabkan manusia atau insan terpelosok ke lembah kekecelaruan dalam pelbagai aspek kehidupan dan pemikiran. Manakala Ummah pula merujuk kepada masyarakat sejagat yang bukan sahaja merentasi batas bangsa, etnik dan komuniti tetapi ia tirut dikaikan dengan komitmen terhadap Islam demi membangunkan kitaran mastyarakat berdasarkan garis panduan yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, ummah tidak dibatasi oleh faktor geografi, bahasa, bangsa dan sejarah. Istilah perkataan cemerlang membawa suatu dimensi gilang-gemilang dan berkilauan, manakala perkataan terbilang didefinisikan sebagai terkenal,mahsyur dan terkemuka.
Bermula sambutan Maulidur Rasul dengan perarakan sambil melaungkan selawat ke atas junjungan baginda s.a.w., ini merupakan suatu simbolik keraian umat Islam terhadap kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Sekaligus, sebagai mencanangkan tema yang berfungsi sebagai pembakar obor-obor gemilang bagi melahirkan umat yang terbilang...Memang asyik dan khusyuk sekali kita melaungkannya, tetapi pernahkah terlintas di fikiran kita, setakat manakah pencapaian seseorang insan itu untuk diiktiraf sebagai cemerlang dan apakah kriteria diguna pakai bagi mengukur tahap sesuatu kecemerlangan, yang mana kesinambungan daripada itu akan melahirkan umat terbilang..??? Jika tahap kecemerlangan dapat diukur dengan tepat, maka perancangan strategi untuk mencapai kecemerlangan akan menjadi satu pelan tindakan yang praktikal, kukuh dan jelas
Oleh demikian, perkara utama adalah penentuan matlamat tepat dan jelas. Sehubungan itu, Allah menggariskan dasar kepada matlamat kehidupan insan seperti firman-Nya dalam surah al-Maaidah yang bermaksud:



"Allah reda kan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar.”




Ayat ini menyatakan kejayaan besar ialah mendapat keredaan Allah dalam tempoh jangka masa panjang yang bersifat kekal dan abadi selamanya.Segala perbuatan insan sewajarnya dilakukan semata-mata untuk mendapat keredaan Allah dan bukan untuk mencapai matlamat lain kerana semua matlamat sampingan atau jangka pendek berpunca daripada keredaan Allah terhadap makhluk-Nya.


Justeru, bagi membolehkan semua insan mencapai kecemerlangan, Allah mengutus model insan cemerlang yang tiada tandingan sehingga hari kiamat, tidak lain dan tidak bukan, Nabi Muhammad s.a.w. Umat Islam telah berdepan dengan pelbagai bentuk ujian yang bukan sahaja menguji kekuatan diei dan ekonomi, bahkan mereka turut diuji dengan pelbagai ancaman ke atas jiwa dan nyawa sejak penurunan wahyu pertama di Gua Hira’ di Makkah, sehingga berjaya membentukummah madani di Madinah. Umat Islam pada masa itu bukan sahaja mampu mendepani pelbagai cabaran bahkan telah berjaya meninngkatkan kekuatan fizikal, mental dan spritual sehingga muncul sebagai“penaraju tamadun manusia’’, takkala masyarakat di Barat dan Eropah masih lagi teggelam dalam zaman kegelapan. Lambang kegemilangan ini telah ditegaskan oleh Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110 yang bermaksud:

" kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik"



Secara jelas Allah s.w.t. menyatakan bahawa orang Islam adalah merupakan sebaik-baik insan yang dengannya akan terbentuk suatu gagasan umat yang mampu menggapai keterbilangan dalam setiap asspek kehidupan. Untuk itu, perlu ada sesuatu dalam diri orang Islam itu sendiri yang menjadi suatu jentera untuk menjana akar umbi kecemerlangan. Oleh itu amat bertepatanlah dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia untk melahirkan Modal Insan yang mampu menggarap prospek kecemerlangan pada masa yang akan datang.
Pembangunan modal insan merupakan corak penentu hala tuju negara ke arah mencapai wawasan yang telah ditetapkan. Tanpa modal insan yang berkualiti,sesebuah negara akan lemah kerana ketiadaan faktor manusia yang akan menjadi pencetus kepada kemajuan sosioekonomi negara. Sama halnya dengan pembangunan umat Islam, bagaimana akan lahir umat Islam yang mampu mengangkat taraf dan martabat maruah serta negara Islam itu sendiri, jika dalam diri mereka tiada modal untuk disumbangkan?!! Oleh itu, secara idealistiknya, penekanan ke atas pembangunan modal insan perlu mempunyai sikap dan pemikiran yang progresif serta memilki nilai dan etika yang universal bagi melahirkan individu dan umat Islam yang mempunyai kekuatan spritual (rohani), akhlah, intelektual, berdaya saing, inovatif serta proaktif dan cekap dalam menangani cabara-cabaran semasa terutama hal-hal yang bersangkutan dengan kemaslhatan umat Islam. Dengan ini, maka ianya akan melahirkan bukan sahaja umat, malah insan yang bakal menjadi penjana kecemerlangan seterusnya mewujudkan umat yang tebilang.





PEMENANG TEMPAT KE-2


KATEGORI PENULISAN RENCANA


MAJLIS SAMBUTAN MAAL MAULIDUR RASUL PERINGKAT UKM 07/08


HASLINDA RAMLEE


A117200


FAKULTI PENDIDIKAN


UKM

1 comments:

Anonymous said...

mantapnyer tulisan..
mesti pandai dalam bab mengarang ni...
tahniah..!!!!

saya suka sajak intro tu..
jalinan ayatnya mmg
ada gaya..
hik3